05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Wisana Village

wisana village pulau redang
Harga dari
RM245

Terengganu Darul Iman

Info HotelPakej & HargaGaleri Gambar

Dianggap sebagai ‘HOME BEACH RESORT’ dengan seni bina gaya Melayu tempatan , Wisana Village, Pulau Redang adalah syurga berpemandangan laut . Ia terletak di pantai peribadi di Teluk Kalong Kechil , yang terkenal dengan pantai pasir putih, air yang jernih dan pemandangan panorama pulau-pulau kejiranan seperti Pulau Kerengga , Pulau Ekor Tebu , Pulau Lima, Pulau Chupak dan Pulau Bidong .  Persekitaran ini menjanjikan kawsan tropika yang menakjubkan.

Wisana Village terletak dalam persekitaran alam semula jadi yang luar biasa yang dijaga oleh kaitangan yang peramah. Rumah Terumbu Resort(house reef resort)  hanyalah berdekatan dan merupakan habitat kepada beberapa batu karang yang masih hidup dan ikan yang berwarna-warni. Selain itu, kediaman Wisana Village yang berhadapan laut juga merupakan rumah kepada penyu. Wisana Village sememangnya  akan membuat anda berasa seperti di rumah sambil menyegarkan kembali perasaan anda.

Suasana ini sungguh sempurna untuk mereka yang inginkan percutian yang sunyi dan tenteram. Hanya satu resort sahaja di pantai peribadi ini, ia mempunyai bilik  penginapan yang terhad dalam kawasan sebesar 150x 150meter. Semua bilik menawarkan pemandangan laut dengan balkoni. Malah, semua bilik hanya beberapa langkah dari pantai dan laut.

Kanak-kanak boleh bermain di pantai manakala anda boleh memerhati dan berehat dari balkoni bilik anda atau dari ruang membaca terbukaresort. Semua tetamu juga boleh menikmati gabungan makanan ala Melayu dan makanan Barat yang lazat.

PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN

Kerengga View Café
Dengan pemandangan Pulau Kerengga di hadapan kafe , anda akan menikmati masa yang terindah  semasa sarapan pagi , makan tengah hari dan makan malam. Makanan harian anda akan dihidangkan di sini dalam gaya bufet dengan masakan ala Melayu tempatan dengan gabungan makanan barat. Kafe dibuka dari 7:00-23:00 , manakala kemudahan kopi dan teh kami disediakan untuk anda 24 jam di kafe supaya anda dapat merasai suasana seperti di rumah.

Lobi
Tiada rumah yang lengkap tanpa ruang dewan tetamu . Ia adalah tempat di mana anda dan rakan-rakan atau ahli keluarga boleh duduk dan bergaul dengan tetamu lain yang datang dari tempat berbeza. Kami sungguh menggalakkan perkongsian detik-detik perjalanan dan pengalaman antara tetamu kami. Terdapat juga satu set televisyen dengan skrin LCD dan saluran satelit untuk ditonton sementara tetamu lain boleh menikmati permainan kad atau mendengar muzik sambil membaca novel di dewan.

PAKEJ PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM

JENIS BILIK DELUXE CHALET SUPERIOR CHALET STANDARD DUPLEX STANDARD TERRACE
SEORANG DEWASA 1015 980 930 880
BERDUA DEWASA 815 765 715 675
KANAK-KANAK N/A 290 290 290
BERTIGA DEWASA N/A 670 630 590
KANAK-KANAK N/A 250 250 250
BEREMPAT DEWASA N/A 575 565 545
KANAK-KANAK N/A N/A N/A N/A

Nota:
• (Sah untuk daftar masuk dari 15 March-31 Oktober 2015)
• Harga adalah termasuk penginapan dan jamuan harian ( Sarapan Pagi/ Makan Tengah hari/ Makan Malam)
• Minuman sejuk, kopi dan teh tiada terhad

TIdak Termasuk;
• Perjalanan bot pergi balik (Jeti Merang-Resort- Jeti Merang)
• 1 sesi snorkeling dengan 3 perhentian (Pulau Lima, Pulau Paku & Pulau Ekor Tebu) berserta dengan sewaan alat snorkel, topeng dan jaket keselamatan *Tempat snorkeling berkemungkinan ditukar bergantung kepada keadaan cuaca atau operasi
• 1 sesi merentas hutan
• Sebarang tambahan malam adalah berdasarkan bilik dan jamuan harian /HARGA PAKEJ PENUH 2015.

TIDAK TERMASUK:
• Yuran Taman Marin RM5.00/dewasa & RM2.50/kanak-kanak
• Perlindungan Insurans
• Semua harga tidak temasuk GST 6%

Pakej Bilik & Makan I 2015

JENIS BILIK DELUXE CHALET SUPERIOR CHALET STANDARD DUPLEX STANDARD TERRACE
SEORANG DEWASA 420 375 350 325
BERDUA DEWASA 320 295 270 245
KANAK-KANAK N/A 140 140 140
BERTIGA DEWASA N/A 260 235 215
KANAK-KANAK N/A 120 120 120
BEREMPAT DEWASA N/A 215 205 195
KANAK-KANAK N/A N/A N/A N/A

Nota:
• (Daftar masuk sah dari 1 April – 15 September 2015)
• Harga di atas ialah harga satu kepala seorang semalam.
• Harga termasuk penginapan dan penyediaan hidangan harian.
• Minuman sejuk boleh didapati dan kemudahan membuat teh serta kopi.
• Harga yang ditunjukkan hanya maksimum 5 malam sahaja.
• Kadar penginapan yang dipanjangkan (6 malam dan ke atas) boleh didapati melalui pertanyaan.

Pakej tidak termasuk:
• Penghantaran pulang bot / feri dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang.
• Sewa peralatan snorkel, rombongan bot dan aktiviti-aktiviti menyelam.
• Yuran Taman Laut iaitu RM 5.00 bagi orang dewasa dan RM 2.50 bagi kanak-kanak.
• Perlindungan insurans
• Semua harga dikecualikan GST sebanyak 6%

Pakej Bilik & Makan II

JENIS BILIK DELUXE CHALET SUPERIOR CHALET STANDARD DUPLEX STANDARD TERRACE
SEORANG DEWASA 378 355.5 243 220.5
BERDUA DEWASA 288 265.5 243 220.5
KANAK-KANAK N/A 126 126 126
BERTIGA DEWASA N/A 243 211.5 193.5
KANAK-KANAK N/A 108 108 108
BEREMPAT DEWASA N/A 193.5 184.5 175.5
KANAK-KANAK N/A N/A N/A N/A

Nota:
• (Daftar masuk sah dari 16 September – 31 Oktober 2015)
• Harga di atas ialah harga satu kepala seorang semalam.
• Harga termasuk penginapan dan penyediaan hidangan harian(pagi/tengahari/malam).
• Minuman sejuk boleh didapati dan kemudahan membuat teh serta kopi.
• Harga yang ditunjukkan hanya maksimum 5 malam sahaja.
• Kadar penginapan yang dipanjangkan (6 malam dan ke atas) boleh didapati melalui pertanyaan.

Pakej tidak termasuk:
• Penghantaran pulang bot / feri dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang.
• Sewa peralatan snorkel, rombongan bot dan aktiviti-aktiviti menyelam.
• Yuran Taman Laut iaitu RM 5.00 bagi orang dewasa dan RM 2.50 bagi kanak-kanak.
• Perlindungan insurans
• Semua harga dikecualikan GST sebanyak 6%

Catatan (Terpakai kepada semua kadar)
• Kanak-kanak berusia 13 tahun dan ke atas dikenakan harga orang dewasa.
• Harga kanak-kanak terpakai kepada kanak-kanak berusia 7 – 12 tahun (berkongsi dengan ibu bapa).
• Kanak-kanak berusia 3 – 6 tahun mungkin dicaj untuk perjalanan bot pulang sekiranya terpakai.
• Kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke bawah (berkongsi bilik dengan ibu bapa) tidak dicaj sebarang kos. Bilangan maksimum ialah 2 orang.
• Harga seorang / kembar / tiga / empat orang berdasarkan bilangan orang dewasa dalam sesebuah bilik, kecuali kanak-kanak.
• Bilangan maksimum ialah 4 orang dalam sesebuah bilik kecuali untuk Chalet Deluxe (maksimum 2 orang).
• Bilik-bilik yang ada ialah Chalet Deluxe (2 unit), Chalet Superior (2 unit), Standard Duplex (2 unit) dan Standard Terrace (4 unit).

Terma & Syarat:
1. Kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke bawah yang berkongsi bilik dengan ibu bapa tidak dikenakan sebarang kos (maksimum sehingga 2 orang sahaja).
2. Semua harga (bilik, makanan resort, bot dan feri), jadual bot dan tempat subjek kepada perubahan tanpa sebarang notis sebelumnya.
3. Bilangan maksimum ialah 4 orang untuk satu bilik kecuali Chalet Deluxe (maksimum 2 orang).
4. Masa daftar masuk: 1.00 – 2.00 petang / Masa daftar masuk: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari.

*** Alkohol tidak dijual di resort ***

Galeri Gambar Wisana Village

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone