05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Underwater World Langkawi

underwater world langkawi
Harga dari
RM27

Langkawi

Underwater Wold Langkawi telah dianugerahkan sebagai akuarium hidupan laut terbesar di Malaysia oleh Malaysia’s Book of Record dan Best Man Made Tourist Attractions dari Kementerian Pelancongan Malaysia dan terbesar di Asia Tenggara.

Underwater World Langkawi menempatkan tidak kurang 4,000 hidupan laut dan telah mula beroperasi sejak tahun 1995. Dulunya dikenali sebagai Akuarium Langkawi, tarikan menarik ini dirasmikan oleh Tun Dr Mahathi Mohamad pada tahun berikutnya. Terdapat lebih dari 500 spesies haiwan dan hidupan laut termasuk penguin Africa dan Antartika, anjing laut, ikan jerung, ikan pari, kolam ikan koi, burung kakak tua, burung bangau, penyu, buaya, kuda laut, batu karang dan ribuan spesies hidupan laut yang lain.

Terletak di lokasi yang menarik iaitu di tengah-tengah Pantai Cenang pantai yang terkenal di Pulau Langkawi, Underwater World langkawi dibuka setiap hari bermula 10 Pagi hingga 6 petang. Tiket masuk berharga RM27 untuk seorang dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak.

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone