05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Sipadan Water Village Resort

sipadan water village pulau mabul
Harga dari
RM605

Sabah

Info HotelPakej & HargaGaleri Gambar

Sipadan Water Village Resort ialah sebuah resort yang dibina dengan cantik mengikut rekaan seni bina Bajau. Sebahagian daripada Pulau Mabul ini juga merupakan tempat tinggal kepada kumpulan nelayan Bajau yang membina rumah tradisional mereka beratapkan bumbung pelepah. Bajau Laut, satu-satunya puak nomad laut di dunia menghabiskan seluruh kehidupan mereka di laut. Bila banyak tahun sudah berlalu, sebahagian daripada mereka ini menetap di kawasan yang pernah menjadi tempat berlabuh utama mereka seperti Mabul.

Keseluruhan resort ini dibina di atas air, di atas kaki bajang yang banyak yang diperbuat daripada kayu Belian, dikenali penduduk tempatan sebagai kayu besi, di mana ianya diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan mengurangkan kerosakan kepada terumbu sedia ada. Menerusi rekaannya, Sipadan Water Village berjaya mewujudkan suasana utopia menerusi pelan lantainya yang berada di atas air, penginapan jenis kotej air yang sangat bagus dengan laluan pejalan kaki yang dihiasi dengan bunga, masakan Asia dan Eropah yang dimasak dengan mengagumkan dan perkhidmatan yang bagus serta mesra pelanggan.

Staf-staf antarabangsa Sipadan Water Village yang terdiri daripada pemandu selaman dan pengajar berbangga kerana mengetahui kerumitan terumbu mereka dan sedia berkongsi subjek makro mereka dengan sesiapa yang berminat.
Reka bentuk seni bina 45 chalet air ini menunjukkan pengaruh gaya Bajau tempatan. Resort ini terletak di bahagian pulau yang terlindung daripada ribut. Lantai kotej air hanya kurang dari 1 meter dari atas paras air. Ruang chalet amat luas dengan pintu meluncur tepi yang boleh dibuka ke dek bilik persendirian.

Jenis Bilik, Struktur, Keluasan Persegi, Bilangan bilik
Grand Deluxe Banglo 1508 4 unit
Deluxe Chalets Banglo 1068 2 unit
Standard Chalets Banglo 714 29 unit
Standard Chalets Semi-detached 714 4 unit
Junior Chalets Semi-detached 552 6 unit

Pusat menyelam
Pusat menyelam bertanggungjawab kepada semua aktiviti dalam air dan pendidikan serta latihan skuba. Pusat ini dibuka dari 7.00 pagi dan dilengkapi dengan lokar, bilik mandi, tandas dan kawasan umum untuk berehat bagi para penyelam bersama dengan kudapan, kopi dan teh panas. Ia membawa 5 mesin pemampat Bauer untuk mengisi semula tangki-tangki, lebih daripada 300 tangki aluminium 3000 psi / 89 kiub per kaki dengan injap ‘K’ gaya Amerika, sewa set peralatan menyelam skuba di mana kebanyakannya ialah Scuba Pro.

Pusat ini dilengkapi dengan bot menyelam yang dibuat khas daripada kaca gentian yang membawa 12 penumpang bagi setiap bot. Setiap bot boleh melakukan 3 perjalanan setiap hari diiringi oleh seorang jurumudi dan seorang pakar menyelam.
Semua pakar menyelam ini telah dilatih dengan spesifik dalam aspek ekologi marin Pulau Mabul dan bukan sahaja menunjukkan tarikan hidupan ini bahkan mengajarkan mereka tentang hidupan marin tersebut agar bila mereka pulang dari percutian yang tidak dapat dilupakan, mereka mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang alam sekitar.

Ini yang membezakan Penyelam Utama kami di Sipadan Water Village dengan tempat-tempat lain: sikap dan semangat mereka untuk apa yang boleh ditawarkan Mabul.

Kemudahan
• Pusat menyelam
• Pejabat utama / meja resepsi
• Dewan makan
• Pasar mini

PAKEJ NON DIVING (PAKEJ TIADA SELAMAN)

JENIS BILIK GRAND DELUXE COTTAGE DELUXE COTTAGE STANDARD COTTAGE JUNIOR COTTAGE
TEMPOH BERDUA/HARGA SEORANG
2HARI / 1MALAM 990 870 790 760
3HARI / 2MALAM 1590 1420 1230 1180
4HARI / 3MALAM 2190 1970 1670 1600
5HARI / 4MALAM 2790 2520 2110 2020
TAMBAH MALAM 600 550 440 420
BERSEORANGAN/HARGA SEORANG
2HARI / 1MALAM 1290 1145 1010 970
3HARI / 2MALAM 2190 1970 1670 1600
4HARI / 3MALAM 3090 2795 2330 2230
5HARI / 4MALAM 3990 3620 2990 3860
TAMBAH MALAM 900 825 660 630

PAKEJ DIVING (PAKEJ MENYELAM)

JENIS BILIK GRAND DELUXE COTTAGE DELUXE COTTAGE STANDARD COTTAGE JUNIOR COTTAGE
TEMPOH BERDUA/HARGA SEORANG
2HARI / 1MALAM 1190 1070 990 960
3HARI / 2MALAM 1905 1735 1545 1495
4HARI / 3MALAM 2620 2400 2100 2030
5HARI / 4MALAM 3335 3065 2655 2565
TAMBAH MALAM 715 655 555 535
BERSEORANGAN/HARGA SEORANG
2HARI / 1MALAM 1490 1345 1210 1170
3HARI / 2MALAM 2505 2285 1985 1915
4HARI / 3MALAM 3520 3225 2760 2660
5HARI / 4MALAM 4535 4165 3535 3405
TAMBAH MALAM 1015 940 775 745

Di bawah ialah maklumat pakej untuk rujukan anda.
Pakej bermula dari Tawau termasuk perkhidmatan berikut:
– Perkhidmatan pengambilan lapangan terbang di Tawau
** Lapangan Terbang dari 0600 pagi – 1400 petang (Perjalanan ke Semporna sahaja)
** Hotel Tawau dari 0600 pagi – 0900 pagi
– Perjalanan darat dari Tawau ke Semporna
– Perjalanan bot laju dari Semporna ke SWV Resort, Mabul
– Penginapan kotej air berkembar secara berkongsi dengan dek berjemur matahari peribadi
– Sarapan, makan tengah hari dan makan malam secara bufet.

Kanak-kanak berusia1 – 3 tahun dicaj 10%, 4-12 tahun dicaj 50%. Tetapi dengan syarat kanak-kanak tersebut berkongsi bilik dengan ibu bapa mereka. Kanak-kanak 1- 3 tahun tidak perlu katil berasingan.

NOTA: Caj 10% daripada pakej keselurhan diaplikasikan untuk tempoh puncak seperti Krisman, Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan bulan Ogos. Tarikhnya ialah 23 Dis – 3 Jan, 15 – 25 Feb, 27 Apr – 5 Mei dan seluruh bulan Ogos.

PAKEJ PENYELAM:
Ini termasuk 3 selaman bot setiap hari (kecuali pada ketibaan dan tiada selaman pada hari keberangkatan) meliputi Pulau Mabul, Kapalai dan Sipadan Island, selaman pesisir Terumbu Rumah Mabul Tanpa Had dari 06:00 pagi hingga 06:00 petang, termasuk pemberat, tali pinggang pemberat dan tangki sahaja. Bahagian selaman yang tidak digunakan tidak akan dipulangkan semula wangnya dan tidak boleh dipindahkan.

Set peralatan menyelam skuba penuh tidak termasuk dalam pakej. Sewa set penuh akan dicaj RM 80.00 setiap hari, termasuk BCD, pengawal atur, topeng, snorkel, sirip dan but. Atau boleh disewa secara berasingan dari bahagian selaman. Adalah dinasihatkan bahawa tangki skuba kami ialah tangki aluminium Calve 12L. Nitrus oksida boleh didapati dengan harga RM 35.00 per tangki di Pusat Selaman kami.

NOTA: TETAMU MESTI MEMPUNYAI LESEN MENYELAM YANG DIIKTIRAF BAGI MEMBOLEHKANNYA MENGAMBIL PAKEJ PENYELAM

 

PENYELAM (KANAK-KANAK)

Mana-mana kanak-kanak yang merupakan penyelam bertauliah akan perlu membayar harga penyelam penuh tanpa mengira umur mereka dan ibu bapa akan dipertanggungjawabkan dengan anak-anak mereka sepanjang masa.

BUKAN PENYELAM / SNORKELING
Pakej ini termasuk 1 bot snorkeling ke Pualau Kapalai dengan peralatan snorkeling. Bersnorkeling tanpa had di rumah terumbu pusat snorkel SWV tersedia dari 0800 pagi hingga 1800 petang tanpa peralatan snorkeling.

MAKLUMAT SWV RESORT
KATEGORI BILIK

KOTEJ JUNIOR (5 UNIT) :
Ia merupakan kotej paling kecil mengikut kategroi di resort. Ianya terletak di belakang pusat selaman kami dan memberi kemudahan kepada penyelam. Walau bagaimanapun, ianya mendapat sedikit gangguan dengan bunyi daripada pemampat kami dari pusat selaman. Kotej ini terdiri daripada 2 katil bujang dan tidak boleh ditambah satu lagi katil tambahan. Kotej Junior menghadap pemandangan pulau atau kampung dan ia merupakan jenis semi detached, di mana ia akan berkongsi dan bersambung dengan balkoni yang sama dengan bilik sebelah.

KOTEJ STANDARD (32 UNIT) :
Kotej standard ini mempunyai 2 jenis. Pertama ialah standard semi detached dengan 2 katil bujang, pemandangan pulau yang akan berkongsi dan bersambung balkoni dengan bilik sebelah. Untuk kotej standard persendirian kami mempunyai 2 katil bujang atau 1 katil kelamin, pemandangan laut dan pemandangan bukan laut. Kategori ini lebih besar daripada kotej Junior di mana kami boleh menambah katil tambahan dalam bilik. Terdapat juga pemandangan pulau dan pemandangan laut untuk kategori bilik ini.
Peringatan: Surcaj pendingin udara Kotej Standard ialah RM30 atau USD10 per malam seorang. (S101, S107, S108, S115, S117, S119, S121 & S127)

KOTEJ DELUXE (2 UNIT) :
Ia hanya mempunyai 2 unit dan dengan pendingin udara. 1 unit dengan pemandangan laut dan 1 lagi untuk pemandangan pulau. Suite berbulan madu ini telah dilengkapi dengan sebuah katil besar dan tab mandi peribadi.
Peringatan: Surcaj pendingin udara Kotej Deluxe ialah RM30 atau USD10 per malam seorang.(S122 & S123)

KOTEJ GRAND DELUXE (4 UNIT) :
Kotej ini ialah kotej terbesar dan terhebat yang terdapat di resort ini. Ianya dilengkapi dengan 2 katil ratu dan jakuzi peribadi. Bilik ini mempunyai 4 unit dengan pemandangan pulau dan kotej yang terjauh daripada kawasan resepsi.

KAUNTER RESEPSI
Waktu operasi: 6am to 12am
1. Wifi – percuma. Sila minta nama pengguna dan kata laluan daripada penyambut tetamu.
2. Peti deposit keselamatan – percuma. Anda dinasihat mendeposit semua barangan berharga, pasport, wang tunai, kad kredit dan dokumen-dokumen penting lain dalam peti deposit keselamatan. SWV resort tidak akan bertanggungjawab untuk barangan peribadi dan harta anda yang tidak disimpan dalam peti kami semasa penginapan anda bersama kami.
3. Fotokopi dan cetakan – RM1 sekeping.
4. Telefon dan faks – senarai harga bergantung kepada destinasi
5. Kunci bilik – tolong simpan kunci bilik anda di kaunter resepsi setiap kali anda keluar dari bilik. Sekiranya anda kehilangan kunci, anda akan dicaj RM150.
6. Ubat-ubatan – kami menyediakan ubat-ubatan untuk kecederaan ringan dan sakit contoh: Dettol, antiseptik, krim dan paracetamol.

PENGEMASAN BILIK
Pasukan pengemas bilik kami akan mengemas bilik anda setiap hari sebelum 5.00 petang dan juga pada waktu petang untuk servis pembetulan cadar katil.
1. Pengering rambut dan sambungan palam terletak dalam laci meja solekan.
2. Kemudahan membuat kopi dan teh disediakan. Jangan gunakan jag cerek untuk kegunaan lain selain daripada memanaskan air.
3. Sebuah bar mini yang distok penuh tersedia untuk makanan dan minuman ringan dalam bilik anda. Bil secara automatik akan dikreditkan ke akaun bilik anda.
4. Terdapat 2 jag minuman air disediakan dalam setiap bilik. Pengemas bilik akan mengisi air setiap waktu servis. Air dari paip bukan untuk diminum.
5. Anda boleh menjumpai butang suis untuk pemanas air bersebelahan pintu tandas. Suis akan kembali semula secara automatik selepas anda menekannya. Sila tekan dan tunggu untuk 15 atau 20 minit untuk mendapat air panas.

RESTORAN
Sarapan: 6.00 pagi hingga 9.00 pagi.
Makan tengah hari : 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang
Makan malam : 7.00 petang hingga 9.00 malam
Makanan dihidangkan gaya bufet. Restoran ditutup selepas waktu makan.

Galeri Gambar Sipadan Water Village Resort

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone