05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Senja Bay Resort

senja bay resort
Harga dari
RM410

Terengganu

Info HotelPakej & HargaGaleri Gambar

Di penjuru selatan Coral Bay ialah Senja Bay Resort. Sebuah bangunan kayu yang mempunyai 50 bilik ini berada di atas lereng bukit antara laut biru dengan kawasan hutan yang menghijau. Bangunan ini dibina mengikut 3 tingkat yang unik dan disambungkan dengan laluan, jambatan dan tangga kayu. Tingkat menghadap pantai mempunyai 10 bilik yang mempunyai pendingin udara dalam 5 chalet, sebuah kedai selaman, sebuah bilik karaoke, sebuah restoran dan sebuah bilik seminar. Tingkat kedua pula mempunyai 26 bilik yang mempunyai pendingin udara dalam 13 chalet dan tingkat ketiga mempunyai 14 bilik berkipas dalam 7 chalet. Semua bilik mempunyai ukuran yang sama iaitu 20’ x 20’ disertakan bersama bilik air dengan pemanas air dan tandas. Bagi pencinta alam semulajadi, mereka berpeluang menyaksikan binatang seperti biawak monitor, cicak Tokay dan tupai berekor merah. Suasana pantai amat tenang dan mendamaikan, sesuai untuk pasangan kekasih, pasangan yang sedang berbulan madu, keluarga, aktiviti membina semangat berpasukan dan mesyuarat.

Senja Bay menawarkan ketenangan dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan, syurga yang sempurna untuk pencinta pantai dan alam semula jadi. Resort yang cantik ini memaparkan pantai yang bersih, pemandangan yang indah, hutan hujan, air laut yang biru jernih, dan banyak tempat menyelam yang indah. Alami keseronokan melihat ikan pari, ikan jerung, penyu hijau, ikan yang berwarna-warni dan taman terumbu karang di pulau ini.

Selam skuba, snorkeling dan meredah hutan adalah sebahagian daripada aktiviti yang ditawarkan. Pusat Selam adalah disahkan sebagai PADI Resort 5 bintang yang menawarkan kursus open water dan juga penyelaman yang menyeronokkan.

Tentang Kemudahan

Untuk menjadikan penginapan anda di sini lebih selesa, terdapat Restoran yang mempunyai tempat duduk sebanyak 60 orang yang menyajikan makanan Barat dan Asia dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari. Anda juga boleh menonton wayang di skrin besar di restoran pada setiap malam.

Anda boleh bersnorkeling di depan resort ataupun mengikut sesi snorkeling mengelilingi pulau. Peralatan snorkeling boleh disewakan. Kami juga boleh mengaturkan untuk taxi air atau perjalanan bot ke pulau lain. WIFI adalah percuma untuk semua tetamu resort dan terdapat juga Kafe Internet untuk anda membuat tempahan untuk tiket penerbangan, kereta api dan hotel.

Tiket bas boleh dibeli dari kaunter penyambut tetamu yang juga mempumyai kemudahan telefon, dobi, penukaran mata wang dan servis informasi dari 7am hingga 11pm. Cerek elektrik, kelambu, tikar dan lampu suluh boleh disewa dari kaunter penyambut tetamu.

Tiada sebarang doktor di pulau ini dan sebarang kes kes ringan boleh dirawat oleh jururawat berdaftar di Klinik kampung, kes yang lebih serius akan dibawa ke hospital melalui bot ambulans. Ubat-ubatan biasa disimpan di dalam peti pertolongan cemas di kaunter penyambut tetamu. Berhati hati bila berenang di terumbu karang, terutamanya ketika air surut, kerana ramai pengunjung yang terluka .

Kemudahan Lain

  1. Restoran
  2. Kedai alat menyelam
  3. Bilik karaoke
  4. Kawasan internet
  5. Kaunter resepsi

Aktiviti-aktiviti

  1. Bola tampar pantai
  2. Permainan di kawasan tertutup
  3. Menyelam
  4. Memancing pada waktu malam
  5. Berkanu
  6. Bersnorkeling
  7. Berjalan dalam hutan

Pakej Snorkeling 3 hari / 2 malam

JENIS PAKEJ/BILIK BERSEORANGAN BERDUA BERTIGA KANAK-KANAK
HARI BIASA RM 620 RM 440 RM 415 RM 230
HARI MINGGU & MUSIM CUTI RM 680 RM 470 RM 435 RM 250

– penginapan selama 2 malam dalam bilik berhawa dingin bilik tingkat 2 menghadap laut.
– pengangkutan bot laju pergi balik.
– 2 trip snorkeling, kedua-duanya pada hari kedua sahaja, peralatan disediakan semasa perjalanan itu sahaja.
– makanan: 2 sarapan, 2 makan tengah hari dan 2 makan malam.
– tidak termasuk bayaran masuk ke taman laut marin

Pakej Menyelam Ria 3 Hari / 2 Malam (untuk yang ada lesen menyelam):

JENIS BILIK BERSEORANGAN BERDUA BERTIGA
HARI BIASA RM 760 RM 580 RM 555
HARI MINGGU & MUSIM CUTI RM 820 RM 610 RM 575

– penginapan selama 2 malam dalam bilik berhawa dingin tingkat 2 menghadap laut.
– perjalanan bot laju pergi balik.
– 2 kali menyelam seronok – peralatan disediakan semasa perjalanan sahaja.
– makanan: 2 sarapan, 2 makan tengah hari dan 2 makan malam.
– Kecuali yuran Taman Laut (RM 5 / – seorang).

Kursus Open Water Course PADI 4 Hari / 3 Malam:

JENIS PAKEJ BERSEORANGAN BERDUA BERTIGA
HARI BIASA RM 2000 RM 1730 RM 1690
HARI MINGGU & MUSIM CUTI RM 2090 RM 1775 RM 1720

– penginapan selama 3 malam dalam bilik berpendingin udara tingkat 2 menghadap laut.
– perjalanan bot laju pergi dan pulang.
– bahan-bahan kursus dan peralatan disediakan semasa kursus sahaja.
– makanan: 3 sarapan, 3 makan tengah hari dan 3 makan malam.
– Kecuali yuran Taman Laut (RM 5 / – seorang).

Terma dan Kondisi
1. Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia. Harga seorang tidak termasuk GST.
2. Harga kanak-kanak bagi kanak-kanak berusia antara 2 hingga 12 tahun. Ini berdasarkan perkongsian bilik dengan 2 orang dewasa di mana bilangan maksimum ialah 2 orang kanak-kanak dengan 2 orang dewasa. Tilam tambahan akan diberikan. Sementara kadar bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah pula adalah percuma tanpa diberi tilam tambahan.
3. Perjalanan bot yang disediakan bergantung kepada perubahan cuaca. Pihak resort tidak akan bertanggungjawab memberi pampasan sekiranya perjalanan bot dibatalkan akibat cuaca buruk atau sekiranya tetamu terlepas menaiki bot pada masa berlepas.
– Dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian: 8 pagi – 5 petang setiap hari.
– Dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut: 8 pagi, 12 tengah hari dan 4 petang setiap hari.
12. Masa daftar masuk ialah 2 petang dan masa daftar keluar ialah 12 tengah hari. Daftar keluar lewat sehingga 6 petang akan dikenakan kadar separuh hari.

GAMBAR SENJA BAY RESORT

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone