05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Pulau Tioman

91Maklumat pulau

Pulau Tioman ialah pulau yang terbesar dan tercantik di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia. Terdapat sebuah hutan yang menyegarkan yang menutup kawasan rabung pada bahagian barat pulau ini, di mana ia berakhir di sebuah lokasi yang mempesonakan, kawasan pantai yang yang dibatasi dengan pohon palma yang indah.

SENARAI RESORT DAN PAKEJ PULAU TIOMAN

Kawasan perkampungan yang menarik dan gulungan ombak Laut China Selatan mewujudkan suasana senyap yang menenangkan. Ia menawarkan pelbagai jenis aktiviti kepada para pengunjungnya: bersnorkel dalam air yang jernih, meneroka keindahan dunia bawah air yang indah atau bersantai di pantai sementara berusaha mendapatkan warna kulit yang dimahukan. Juga, terdapat sebuah hutan di pulau ini yang merayu-rayu mahu diterokai. Hutan tebal ini menjadi habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna.

Pulau Tioman mula dijadikan sebagai destinasi pelancongan beberapa lama dahulu. Ia menjadi latar belakang untuk sebuah pulau yang dikatakan ajaib iaitu Bali Hai dalam filem Hollywood yang diterbitkan pada tahun 1958, ‘South Pacific’. Pada tahun 70-an pula, majalah Times memilih Tioman sebagai salah satu daripada pulau tercantik di dunia pada ketika itu. Malah sehingga kini, Tioman masih termasuk dalam senarai 10 destinasi musim panas teratas dalam kategori pantai. Tioman turut dinilai sebagai antara pulau tercantik di dunia. Ia menunjukkan dirinya sebagai syurga pulau di kawasan tropika. Pulau Tioman yang terkenal ini ialah sebuah pulau yang mengagumkan dengan kecantikannya masih terpelihara.

Bagaimana Cara ke Pulau Tioman

Dengan jalan raya:

Menggunakan jalan raya, bergerak ke bandar tepi laut Mersing di negeri Johor atau Tanjung Gemuk (berhampiran Rompin) di Pahang di mana perkhidmatan bas laut selalu berulang alik dari pulau ke tanah besar.

Dengan bot:

Perjalanan bot mengambil masa 2 jam dari Tanjung Gemuk atau Mersing. Di Mersing, terdapat kaunter tiket dan pejabat operator chalet di kawasan R & R plaza tol. Bot yang bertolak dari Mersing berhenti di Genting, Tekek, Air Batang dan Salang jadi anda perlu memutuskan terlebih dahulu di mana anda mahu diturunkan. Perkhidmatan katamaran dari Finger’s Pier, Singapura. Sementara Terminal Feri Tanah Merah berulang alik ke Tioman, dengan perjalanan memakan masa 4 jam 30 minit.

Dengan udara:

Perjalanan yang paling mudah ke Pulau Tioman ialah dengan menggunakan jalan udara. Berjaya Air mengadakan operasi penerbangan harian dari Terminal 3Subang, Kuala Lumpur dan Padang Terbang Seletar, Singapura. Penerbangan dari Kuala Lumpur dan Singapura hanya mengambil masa sejam sebelum mendarat di lapangan terbang pulau ini.

Tempat-Tempat Menarik

Pulau Tioman merupakan pulau terbesar dalam kumpulan 64 pulau yang terbentuk akibat aktiviti gunung berapi termasuk Pulau Seri Buat, Pulau Sembilang, Pulau Tulai, Pulau Chebeh, Pulau Labas dan Pulau Renggis, yang terletak 80 km di barat daya pantai timur Semenanjung Malaysia. Dikatakan menjadi tempat persemadian seorang puteri naga yang menukar dirinya menjadi pulau di Laut China Selatan, Pulau Tioman merupakan salah satu pulau tercantik di rantau ini.

Dikurniakan dengan pasir pantai yang putih dan lembut di mana jaraknya menjangkau beberapa batu, pohon palma yang melambai-lambai, bunga liar tumbuh mekar dengan bilangan yang banyak dan air terjun membasahi cerun hijau, Pulau Tioman merupakan syurga pengembara yang mahukan ketenangan, berjalan, berjemur di bawah sinaran matahari dan sukan air. Dikenali kerana kejernihan air lautnya sehingga dapat dilihat kedalaman air yang paling dalam iaitu 33 meter, Pulau Tioman benar-benar kaya dengan keindahan warna hidupan lautnya, menawarkan penggemar aktiviti bawah air antara tapak selaman terbaik di dunia.

Terdapat beberapa perkampungan yang bertaburan di sekitar pinggir laut pulau ini, antara perkampungan terbesar ialah Kampung Salang, Kampung Tekek, Kampung Genting, Kampung Paya dan Kampung Juara. Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan menjadi satu pengalaman unik yang akan dirasai semua pelancong yang tiba.

SENARAI RESORT DAN PAKEJ PULAU TIOMAN

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone