05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Pulau Redang

pulau redangMaklumat pulau

Pulau Redang terletak di Laut China Selatan, di luar pantai timur Semenanjung Malaysia dalam latitud utara 5◦44′ – 5◦50′dan longitud timur 102◦59′ – 103◦5′. Ia terletak 45 km utara-timur laut Kuala Terengganu dan 22 km luar Tanjung Merang, tempat yang paling hampir dengan tanah besar.

SENARAI RESORT DI REDANG

Pulau Redang, sangat dikenali kerana kejernihan air lautnya, pantai pasir yang memutih dan ikan tropika yang menghuni banyak terumbunya, kebanyakan terletak 50 kaki di bawah laut. Ianya terletak 45 km luar Kuala Terengganu. Kerajaan Malaysia telah menjadikan kawasan ini kawasan pemuliharaan taman laut, meyebabkan sebarang aktiviti memancing dalam 23 batu nautika dilarang sama sekali.

Bagaimanapun, para pengunjung sangat digalakkan melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti air yang tersedia di pulau ini seperti menyelam, bersnorkel, penggambaran bawah air; dan sukan air seperti meluncur atas air dan wake-boarding. Sekiranya anda memilih untuk kekal kering, terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti bola tampar pantai dan berjalan. Manjakan diri anda dengan menjalani rawatan spa dan menikmati hidangan makanan laut yang dipanggang yang amat lazat.

Pada tahun 2000, selepas kejayaan tayangan filem Hong Kong berjudul ‘Summer Holiday’, di mana kebanyakan penggambaran filem dibuat di Redang, pulau ini mendapat perhatian antarabangsa. Filem ini menjana banyak publisiti, kesedaran dan minat tempatan dan luar negara, membawa kepada pembangunan beberapa resort baru dan perluasan resort sedia ada bagi menampung permintaan yang semakin bertambah.

Tempoh melawat Redang ialah di antara bulan April hingga bulan Oktober. Redang boleh dikunjungi menggunakan jalan laut dan jalan udara. Terdapat pelbagai jenis resort percutian yang boleh dipilih anda. Bila anda berada di Redang, anda tidak perlu lagi merasa ragu dan mulakan penerokaan sisi basah alam semulajadi.

 

Perjalanan Ke Pulau Redang

Jeti Shahbandar

Jeti Shahbandar terletak di pusat bandar Kuala Terengganu, terletak bertentangan dengan Pusat Maklumat Pelancong dan Pejabat Pos Besar, berhampiran Bukit Puteri dan Istana Maziah. Terdapat lot tempat meletak kereta yang terhad disediakan di jeti. Kawasan pusat bandar Kuala Terengganu agak kecil dan dari Jeti Shahbandar, seorang boleh berjalan dengan mudah dengan pasar basah, Chinatown, terminal bas dan pelbagai tempat menarik. Hanya perlu mengambil peta di Pusat Maklumat Pelancong dan meneroka bandar dengan berjalan kaki.

Jeti Merang

Jangan keliru perkataan Merang dengan Marang, di mana ini merupakan nama sebuah lagi bandar di selatan Kuala Terengganu. Merang mengambil masa selama 40 minit dengan bas dari Kuala Terengganu dan tempat yang paling hampir di tanah besar ke Redang. Jumlah masa perjalanan dari Kuala Terengganu ke Redang sama dengan perjalanan dari Jeti Shahbandar atau Jeti Merang, iaitu 80-90 minit. Perbezaannya ialah menghabiskan seluruh masa perjalanan di atas bot dari Jeti Shahbandar atau separuh daripada masa perjalanan di atas bot dari Jeti Merang (sebahagian lagi dalam bas).

Feri

Kebanyakan resort menjalankan sekurang-kurangnya 2 perjalanan harian ke Redang menggunakan sama ada bot mereka sendiri (biasanya bertolak dari Jeti Merang) atau feri biasa yang bertolak dari Jeti Shahbandar. Jadual-jadual feri bagi sesetengah resort ditunjukkan di jadual bertentangan tetapi anda perlu juga perlu memeriksa dengan resort berkenaan jadual terbaru. Bot-bot hanya berjalan di siang hari atas sebab keselamatan dan perlu menyediakan jaket keselamatan kepada penumpang mereka.

Sekiranya anda mengembara menggunakan bas, perjalanan memakan masa 1 jam 45 minit bagi pemindahan laut dan darat antara Redang dan stesen bas Kuala Terengganu. Sekiranya anda mengembara menggunakan jalan udara, ia akan mengambil masa minimum iaitu 2 jam 30 minit (termasuk mendaftar penerbangan).

Mana-mana jeti yang anda pilih untuk bertolak ke Redang, pastikan anda sudah mendaftar di jeti sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perlepasan. Jadual di sini menunjukkan jadual masa perlepasan yang dijadualkan untuk sesetengah resort tetapi perlu diingat, masa perlepasan tertakluk kepada perubahan disebabkan faktor laut dan keadaan cuaca. Keadaan laut yang merbahaya, air surut dan cuaca ribut bukan saja boleh mempengaruhi jadual perjalanan, bahkan mempengaruhi bilangan perjalanan yang dilakukan. Kadangkala, pengelodakan dan pemendapan boleh menyebabkan Jeti Merang tidak boleh dilalui kepada semua bot kecuali bot-bot kecil. Jadi pastikan anda boleh mengesahkan jadual perjalanan bot dan jeti dengan pihak resort.

Sekiranya anda tertinggal jadual perjalanan feri resort, anda masih boleh menaiki feri biasa yang berulang alik dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu dengan jeti kampung di Redang dengan bayaran RM50 seorang untuk orang dewasa bagi perjalanan satu hala. Anda seharusnya memberitahu pihak resort dan berurusan dengan mereka untuk urusan pengangkutan sama ada dari jeti kampung atau dari bot itu sendiri. Sebagai alternatif, sekiranya anda berada di Merang, anda boleh cuba membeli tiket perjalanan salah satu daripada bot resort (sekiranya bot tidak penuh) – hampiri kaunter resort atau kawasan mendaftar di Merang dan nyatakan pertanyaan.

 

Tempat menarik untuk dilawati

Gugusan kepulauan Redang sememangnya satu kurniaan Tuhan yang hebat. Air yang mengelilingi pulau-pulau ini penuh dengan pelbagai hidupan marin. Terdapat 500 spesies yang hidup dan bernafas di kawasan batu karang jenis lembut dan keras, menjadikan landskap laut sangat menakjubkan di bawah ombak kecil yang mewujudkan buih-buih putih.

Dan pada masa sama, pembinaan pelbagai terumbu mewujudkan pelbagai jenis batu karang yang memberi perlindungan kepada beberapa penghuninya – pelbagai jenis moluska dan ikan. Ini membentuk sebahagian daripada kawasan pembiakan laut Indo-Pasifik. Span, alga dan plankton menyediakan nutrien yang banyak kepada komuniti yang sedang berkembang ini. Penyu hijau dan penyu karah mengheret diri mereka ke pantai pasir yang memutih untuk bertelur setelah menggali lubang yang dalam di bawah perlindungan malam. Kelawar buah, ular sawa, burung-burung, kancil, monyet-monyet dan iguana pula berlindung di bawah kanopi hutan.

Dan pada lewat petang, bila aktiviti manusia semakin berkurangan, dengar dengan teliti di mana anda akan mendengar jantung tanah ini, bisikan angin ini dan rahsia kehidupan – di Redang.

SENARAI RESORT DI REDANG

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone