05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Pulau Pangkor

pulau pangkorMAKLUMAT PULAU

Pulau Pangkor ialah sebuah pulau di luar perairan Perak di bahagian utara-barat Semenanjung Malaysia, boleh dikunjungi dengan feri dari Lumut (sebuah bandar kecil pinggir laut yang berhubung dengan Ipoh, atau dari Sitiawan). Keluasan kawasannya hanyalah 8 km persegi dan mempunyai populasi penduduk kira-kira 25.000 orang.

Ia dipromosikan oleh kerajaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang berprofil rendah tetapi sektor perikanan dan pembuatan produk ikan kekal sebagai industri utama. Menurut sejarah, Pangkor merupakan tempat perlindungan kepada orang tempatan, pedagang dan lanun. Pada abad ke-17, penjajah Belanda membina sebuah kubu sebagai usaha mengawal perdagangan bijih timah Perak. Pada tahun 1874 pula, ia menjadi lokasi perjanjian bersejarah di antara kerajaan British dengan pencabar takhta Kesultanan Perak (Perjanjian Pangkor), menandakan bermulanya penjajahan British di Semenanjung Malaysia.

Pangkor dikenali kerana keindahan pantainya dan campuran jenis penginapan yang bersifat dari bajet rendah hingga bertaraf 5 bintang. Teluk Nipah dan  Coral Bay di barat laut pulau ini sangat popular dengan pelancong dari Eropah. Kualiti pasir di Pantai Pasir Bogak dilihat lebih hebat berbanding pantai-pantai lain. Pasirnya berwarna perang keemasan, sama dengan warna kebanyakan pantai utama. Terdapat beberapa resort di Teluk Nipah.

Sejak peristiwa tsunami Lautan Hindi 2004 melanda Indonesia, Thailand dan beberapa bahagian di pantai barat Semenanjung Malaysia pada Disember 2004, bilangan pengunjung tempatan yang mengunjungi Pangkor semakin berkurangan.

Pada tahun 2006, sebuah pusat bioteknologi ditubuhkan hasil kerjasama antara Global Hi-Q Malaysia Sdn Bhd dengan Hi-Q Bio-Tech International (Taiwan) Ltd. Fokus operasi pusat ini ialah penternakan ikan dan akuakultur, di mana hasil penuaian aktiviti ini dijangka diraih pada tahun 2009.

Bersebelahan dengan Pulau Pangkor, terdapat sebuah pulau kecil yang bernama Pulau Pangkor Laut.

Bagaimana Cara Ke Pulau Pangkor

Dengan jalan raya

Bagi tetamu yang memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pangkor, pintu masuk ke pulau ini ialah bandar yang paling hampir dengan tanah besar, Lumut.

Jarak perjalanan kira-kira 280 km dan akan mengambil masa 4 jam. Ambil Lebuhraya Utara-Selatan, bermula di Plaza Tol Damansara dan menuju ke Ipoh. Keluar di Plaza Tol Bidor di mana caj tol kira-kira RM15.80 per kereta.

Baki perjalanan akan dilakukan di jalan-jalan utama. Anda akan melepasi Bidor di mana ada sebuah stesen minyak Shell di sebelah kiri anda sekiranya anda perlu mengisi minyak.

Ikut papan tanda yang menyatakan ‘Pelabuhan Lumut’ atau ‘Pangkalan Tentera Laut Lumut’. Kemudian, anda perlu mengikut papan tanda ke ‘Teluk Intan’, ‘Sitiawan’ dan ‘Pulau Pangkor’. Perjalanan dari bandar Bidor ke jeti Lumut dengan jarak kira-kira 110 km atau 1 jam 30 minit.

Terdapat sebuah tempat meletak kereta bersebelahan dengan jeti Lumut dengan bayaran minimum RM10 sehari untuk meletak kenderaan semalaman.

Dengan jalan udara

Berjaya Air menawarkan 5 penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Pangkor pada hari Isnin / Rabu / Jumaat / Sabtu / Ahad. Untuk maklumat lanjut dan jadual penerbangan, sila hubungi:

BERJAYA AIR SDN BHD

Tel: 603-7847 6828 | Faks: 603- 7847 6228

Perkhidmatan feri

** Peringatan: Semua maklumat yang diberi adalah tepat semasa diterbitkan dan hanya bertindak sebagai panduan sahaja dan subjek kepada perubahan tanpa notis sebelumnya.

 

Terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilawati

Kuil Foo Lin Kong

Kuil Foo Lin Kong ialah sebuah kuil Tao yang betul-betul baru. Ianya dibina di kaki bukit Bukit Pangkor dalam kawasan Kampung Sungai Pinang Besar. Kuil mempunyai taman yang cantik di mana sebahagian daripada taman itu dibina di lereng bukit. Terdapat miniatur Chang Cheng (Tembok Besar) China yang boleh dikagumi. Pada bahagian bumbung, anda boleh melihat 12 tanda zodiak Cina.

Bukit Pangkor

Spesies flora dan fauna eksotik boleh dijumpai di kawasan ini. Bunga orkid yang jarang dilihat boleh ditemui sepanjang trek hutan. Rama-rama sangat jinak, cukup untuk mendarat di tangan sesiapa yang menghulurkan tangan mereka. Burung-burung berwarna-warni boleh dilihat bertenggek di atas pokok-pokok di lereng-lereng bukit. Anda juga berkemungkinan dapat melihat secara sepintas lalu monyet-monyet bergayut dari dahan ke dahan yang lain. Lihat juga burung enggang papan di sini. Sempurnakan hari anda dengan berjalan ke Bukit Pangkor dengan memerhati flora dan fauna di sini.

Pantai Pasir Giam

Salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor ialah Pantai Pasir Giam, yang menghadap sebuah pulau kecil bernama Pasir Giam. Jaraknya hanya 2 km di utara Teluk Nipah dan boleh diakses melalui jalan raya. Apabila air pasang kembali surut, anda boleh berjalan melalui air yang cetek ke pulau itu tetapi berhati-hati dengan air pasang kecuali anda mempunyai bot.

Kubu Belanda

Di Teluk Gudang, terdapat batu-batu asas yang berusia 300 tahun sebuah kubu Belanda yang dibina pada tahun 1670. Ini merupakan salah satu kubu pertahanan Belanda daripada serangan lanun dan penduduk Melayu tempatan. Kubu ini ditinggalkan setelah diserang oleh seorang pahlawan tempatan bernama Panglima Kulub dan para pengikutnya. Muzium Negara menjalankan kerja pembinaan semula pada tahun 1973. Hari ini, yang tinggal hanyalah batu-batu asas dan ukiran pada sebuah batu besar yang ditinggalkan para askar.

Pantai Puteri Dewi

Satu legenda menyebut ada seorang puteri yang patah hati dikatakan lemas di pantai ini, di mana pantai ini kemudian dinamakan semula dengan namanya. Bagi penduduk tempatan, pantai ini dikenali sebagai Pasir Keemasan. Sebuah pantai persendirian di bawah hotel-hotel yang dimiliki syarikat-syarikat antarabangsa, Pantai Puteri Dewi menawarkan tiada akses kepada sesiapa kecuali kepada tetamu hotel.

Teluk Nipah

Di penghujung jalan ialah Teluk Nipah, satu destinasi pelancongan yang semakin popular dalam kalangan pelancong. Tempat penginapan di sini memberi fokus kepada pelancong yang berpendapatan rendah hingga sederhana, sedikit mengecewakan bagi yang mengharapkan percutian romantik yang bermain dalam minda. Chalet-chalet, restoran-restoran dan motel-motel berada di sepanjang jalan dan lorong-lorong kecil di mana pada kemuncak musim percutian, penuh dengan kehadiran pelancong. Jalan utama terletak di antara kawasan pantai dengan motel-motel dan chalet-chalet, jadi jangan jangka akan mendapat mana-mana bilik di pantai itu sendiri.

Di tepi jalan utama, di penghujung lorong kecil, terletaknya sempadan kawasan hutan simpan. Pada waktu petang, sekiranya anda bernasib baik, anda dapat melihat kumpulan burung enggang terbang untuk makan makanan yang ditinggalkan operator tempatan.

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone