05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Pulau Mabul

pulaumabulsabahmalaysia

Maklumat pulau

Pulau Mabul ialah sebuah pulau kecil di bahagian tenggara, luar perairan Sabah, Malaysia. Pulau ini mempunyai perkampungan nelayan sejak tahun 1970-an lagi. Kemudian, pada tahun 1990-an, ia mula menjadi popular kepada para penyelam kerana jaraknya berhampiran dengan Pulau Sipadan.

SENARAI RESORT DAN PAKEJ PULAU MABUL

Terletak 15 km dari Pulau Sipadan, tanah yang berkeluasan 20 hektar ini berada pada ketinggian 2 – 3 meter di atas paras laut, di mana majoriti keluasan pulau ini ialah tanah rendah dan jika dilihat dari udara, ia berbentuk bujur. Tempat yang menyelubunginya ialah pantai-pantai berpasir, terletak di sudut barat daya terumbu yang lebih besar yang berkeluasan dua kilometer. Pulau Mabul diletakkan di bawah pentadbiran daerah Semporna, zon Tawau.

Komuniti tempatan

Terdapat 2 perkampungan utama di pulau ini iaitu Kampung Mabul dan Kampung Musu. Mengikut bancian 1999, direkodkan kira-kira 2000 penduduk tinggal di Mabul, separuh daripadanya ialah kanak-kanak yang berusia 14 tahun ke bawah. Majoriti penduduk ialah pendatang dari pulau-pulau berhampiran di selatan Filipina. Kebanyakan mereka ialah golongan Bajau Laut dan Suluk Laut beragama Islam yang mengamalkan cara hidup nomad.

Kemudahan asas termasuk masjid, sekolah, dewan komuniti dan dewan nelayan. Pengangkutan utama mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain ialah bot. Kebanyakan penduduknya adalah nelayan, sumber pendapatan perkampungan bergantung kepada produk-produk laut seperti sotong dan ikan.

Kaedah-kaedah menangkap ikan tradisional dipanggil ‘Payau’ dan ‘Sangkaliya’. Nelayan-nelayan Mabul memilih menangkap ikan berhampiran dengan sempadan Malaysia – Filipina, mungkin disebabkan sumber yang banyak di kawasan itu. Purata perjalanan menangkap ikan akan mengambil masa 3 – 5 hari berada di laut. Apabila nelayan-nelayan ini pulang, mereka akan menjual hasil tangkapan mereka di tanah besar, iaitu di Semporna.

Dikatakan Mabul pernah dimiliki oleh seorang lelaki dari Pulau Menampilik. Pada tahun 1970-an, selain terlibat dengan kegiatan menangkap ikan, beliau dan penduduk kampung lain turut melakukan kegiatan penanaman pokok kelapa di pulau ini. Lewat tahun 1992, Sipadan Mabul Resort (SMART) membeli sebahagian tanah di timur Mabul dengan tujuan memajukan ia untuk kegiatan pelancongan.

Menyelam di Pulau Mabul

Antara sebab yang menyumbang kepada kualiti menyelam di kawasan berlumpur ialah wujud kegiatan menangkap terlalu banyak ikan dengan menggunakan dinamit dan sianida oleh penduduk tempatan di kawasan ini. Terumbu terletak di pinggir pentas benua dan kawasan dasar laut mengelilingi kawasan terumbu yang mencerun keluar antara 25 hingga 30 meter dalam.

Terdapat beberapa resort menyelam yang beroperasi di Pulau Mabul. Tidak boleh lagi dipertikaikan bahawa Pulau Mabul salah satu destinasi yang kaya dengan hidupan marin kecil dan eksotik di mana-mana tempat di dunia. Sotong katak, sotong kurita cincin biru, sotong kurita mimik dan sotong kontot merupakan antara beberapa jenis spesies sefalopod yang boleh dijumpai di terumbu Mabul. Pelbagai jenis ikan gobi boleh ditemui seperti gobi sirip berduri, gobi sirip layar hitam dan gobi metalik. Ikan katak juga ada di mana-mana – ikan katak gergasi, ikan katak berwarna dan ikan katak badut selalu dilihat bersama dengan hampir kesemua ikan dari keluarga ikan kala jengking.

Terdapat 10 resort di sini, yang menyediakan penginapan kepada para penyelam – kebanyakannya berada di pulau atau di atas kayu bajangan atas air, sementara satu lagi terletak di sebuah pelantar minyak yang diubahsuai kira-kira 500 meter dari pantai. Terdapat juga beberapa inapan keluarga dan penginapan untuk pelancong beg galas yang turut mengatur aktiviti menyelam.

Semua resort / inapan keluarga hanya berdekatan dengan Pulau Sipadan. Diingatkan wujud sistem permit di Sipadan dan semua permit perlu ditempah beberapa bulan lebih awal. Terdapat juga tempat menyelam yang baik sekitar Mabul  di Panglima dan tempat selaman lumpur yang terbaik dipanggil Paradise. Terdapat juga beberapa tempat menyelam yang baik di Pulau Kapalai terutamanya di kawasan terumbu karang.

Aktiviti-aktiviti di Pulau Mabul

Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah dikelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.

Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan gobi, ikan baji-baji, ikan hantu dan belut ular. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Aktiviti di Pulau Mabul sering bergantung kepada resort yang pengunjung pilih untuk menginap. Pulau Mabul menyediakan  chalet-chalet pantai sederhana dan murah sehinggalah banglo yang mahal dan mewah. Banglo yang dibina di atas perairan cetek mengingatkan gaya kehidupan santai Maldives. Antara aktiviti yang boleh dilakukan merangkumi snorkeling, kayak laut, bola tampar pantai serta berehat di kolam renang atau jakuzi.

Bagaimana Cara Untuk Pergi ke Pulau Mabul

Umumnya, ini laluan yang diambil bila memikirkan perjalanan ke Sipadan, Mabul atau Kapalai. Ambil penerbangan ke Sabah, di mana titik kemasukannya ialah Kota Kinabalu atau Tawau. Bagi pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, anda berkemungkinan terbang dari Singapura, Taiwan, Hong Kong atau mana-mana negara lain selain Malaysia.

Bagi pelancong yang terbang dari Kuala Lumpur, anda mempunyai pilihan sama ada terbang terus ke Tawau atau terbang ke Kota Kinabalu dan ambil penerbangan sambungan. Sebelum melakukan semua ini, adalah baik untuk anda melakukan sedikit kerja rumah tentang resort mana yang anda mahu pilih untuk menginap semasa melawat Sipadan, Mabul atau Kapalai. Kemudian, kami akan membuat aturan untuk menemui anda di Lapangan Terbang Tawau dan akan membawa anda ke Semporna dengan van persendirian yang mengambil masa 1 jam atau lebih.

Jalan-jalan yang menghubungkan Tawau dan Semporna sangat baik. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang pemandangannya di mana setiap batu, yang kelihatan sejauh mata memandang hanya ladang kelapa sawit. Adalah baik untuk kita menempah percutian anda lebih awal kerana bulan-bulan selaman yang sibuk bermakna semua resort pada ketika itu penuh. Sentiasa tempah penerbangan terawal ke Tawau kerana sebahagian resort mempunyai jadual perjalanan bot yang ditetapkan dan sekiranya mereka perlu memindahkan penyelam tidak mengikut jadual ditetapkan, ia akan menambah kos mereka.

Melalui jalan udara

Terdapat beberapa laluan yang boleh diambil:

  1. Dari Kuala Lumpur

Air Asia terbang terus ke Tawau setiap hari: www.airasia.com Penerbangan Malaysia terbang ke Kota Kinabalu dengan penerbangan sambungan ke Tawau setiap hari: www.malaysia-airlines.com, Mas Wings

  1. Dari Kota Kinabalu

Penerbangan Malaysia terbang ke Tawau setiap hari: www.malaysia-airlines.com, laman sesawang rasmi Mas Wings.

  1. Dari Singapura

Penerbangan Malaysia terbang ke Kota Kinabalu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu: www.malaysia-airlines.com, Silk Air terbang ke Kota Kinabalu pada hari Isnin dan Jumaat: www.silkair.com. Penerbangan yang datang dari Singapura biasanya tiba pada lewat petang. Pelancong dinasihatkan bermalam di Kota Kinabalu (penginapan di situ lebih baik berbanding di Tawau) dan mengambil penerbangan sambungan pada awal pagi keesokan harinya. Tempoh penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau ialah 40 minit. Sesiapa yang menanti antara penerbangan, mempunyai masa sebanyak 3 atau 4 jam untuk dihabiskan, ambil bas dari Lapangan Terbang Tawau ke bandar untuk bersiar-siar. Kosnya sangat minimum iaitu RM 5 dan mengambil masa 20 minit. Beritahu pemandu anda mahu diturunkan berhampiran dengan pasar.

Jadual Bas Lapangan Terbang Tawau ke Bandar Tawau: 7.15 pagi, 9.15 pagi, 10.50 pagi, 12.15 tengah hari, 2.30 petang, 3.50 petang dan 6.50 petang. Jadual Bas Bandar Tawau ke Lapangan Terbang Tawau: 5.30 pagi, 8.00 pagi, 8.30 pagi, 10.30 pagi, 1.00 petang, 2.30 petang dan 5.30 petang. Sekiranya anda tidak pasti, ambil teksi ke bandar dengan tambang RM 35 satu perjalanan. Bila kembali semula ke bandar, anda boleh tawar-menawar dengan pemandu teksi untuk tambang yang lebih murah membawa anda kembali ke lapangan terbang. Anda boleh mengambil teksi di ‘stesen bemo’.  

Dengan bas

Bagi sesiapa yang tidak mahu mengambil van persendirian atau tiba dari bahagian Sabah yang lain, anda mungkin boleh mengambil van awam seperti sebuah bemo, dari Tawau ke Semporna. Stesen ini terletak berhampiran dengan pasar. Tetapi anda perlu bersedia untuk menunggu. Bagi sesiapa yang tidak mahu terbang kembali ke Tawau dari Semporna, terdapat bas-bas yang bertolak ke bandar-bandar besar di Sabah dari terminal bas luar seperti ke Kota Kinabalu dan Sandakan.

Dengan bot

Perjalanan bot laju dari Semporna ke Mabul mengambil masa 45 minit bergantung kepada keadaan cuaca dan perjalanan ke Pulau Sipadan pula mengambil masa 1 jam atau lebih.

Dengan teksi

Sekiranya anda mengambil teksi dari Lapangan Terbang Tawau ke Sempurna, tambang perjalanan sebanyak RM 100.

SENARAI RESORT DAN PAKEJ PULAU MABUL

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone