05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Pulau Langkawi

Pulau-Langkawi

Maklumat pulau

Pulau Langkawi ialah sebuah gugusan pulau yang terdiri daripada 99 pulau di Laut Andaman di negeri Kedah. Oleh yang demikian, ini menjadikan Langkawi sebagai gugusan pulau yang terbesar di Malaysia. Pulau ini mempunyai kepelbagaian, kaya dengan sejarah dan diisi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan mendamaikan untuk semua orang melakukannya.

SENARAI RESORT DAN PAKEJ PULAU LANGKAWI

Legenda menyebut semasa pemerintahan Kesultanan Melayu pada ketika itu, tinggal seorang wanita muda bernama Mahsuri. Beliau antara wanita yang tercantik di seluruh Langkawi dan isteri kepada Wan Darus, seorang pahlawan yang berani. Apabila khidmat beliau diperlukan, suami Mahsuri terpaksa pergi berperang, meninggalkan Mahsuri berseorangan menjaga dirinya.

Pada masa inilah, Mahsuri berkawan dengan seorang lelaki muda bernama Deraman. Hubungan rapat mereka menyebabkan penduduk pada ketika itu mengesyaki wujud hubungan sulit antara mereka berdua. Akhirnya, bila khabar angin ini tersebar luas, penduduk kampung menuduh beliau melakukan perbuatan zina. Mahsuri kemudian diikat pada sebatang pokok (atau galah) dan ditikam sehingga mati.

Bila mereka menikam beliau, keluarlah darah putih dari tubuh beliau, membuktikan bahawa Mahsuri sebenarnya tidak bersalah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau menyumpah Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan.

Apabila berada di Langkawi, kebanyakan pelancong akan berehat dan berpuas hati dengan melakukan rawatan spa. Bagaimanapun, Langkawi lebih dikenali sebagai syurga beli-belah. Ini disebabkan statusnya sebagai pulau bebas cukai dan pelancong perlu berada di pulau sekurang-kurangnya 48 jam. Ini membawa kepada seleksi yang besar.

Status Langkawi sebagai tempat bebas cukai dalam Malaysia menjadikan ia tempat yang bagus untuk mengambil barangan murah semasa percutian anda, walaupun ia tidaklah murah atau mempunyai pelbagai pilihan seperti yang anda akan jumpa di Kuala Lumpur. Terdapat sebuah pusat beli-belah besar dipanggil Langkawi Fair, di mana anda boleh membeli barangan yang ditawar pada harga terbaik, dan salah satu tempat untuk membeli barangan mewah ialah Langkawi Parade, di mana anda boleh melihat butik-butik mahal di situ. Bagi pemburu cenderamata pula, satu idea yang baik untuk meronda sekitar pasar-pasar sepanjang bahagian hadapan pelabuhan.

Bagaimana Cara Ke Pulau Langkawi

Dengan jalan raya

Memandu ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis, jeti utama tempat feri berlepas ke Langkawi. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah mengambil masa enam jam sementara Kuala Perlis pula memakan masa tambahan satu jam.

Dengan udara

Malaysia Airlines dan penerbangan bajet Air Asia menyediakan perkhidmatan udara terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Langkawi. Ada juga penerbangan terus ke Langkawi dari London dua kali seminggu.

Dengan kereta api

Keretapi Tanah Melayu menyediakan perkhidmatan kereta api yang selesa dan menjimatkan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar di Kedah dan Arau di Perlis (utara Kedah). Dari lokasi-lokasi ini, ambil teksi atau bas Kuala Kedah dan Kuala Perlis untuk mengambil perjalanan feri ke Langkawi.

Dengan laut

Feri ekspres menyediakan perkhidmatan perjalanan harian ke Langkawi dari kedua-dua Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Perjalanan masing-masing mengambil masa 1 jam 15 minit dan 45 minit. Perjalanan feri dari Pulau Pinan ke Langkawi pula mengambil masa 2 jam 30 minit. Pulau ini turut menjadi tempat persinggahan Star Cruises, salah satu daripada kapal pelayaran mewah terbesar di dunia.

Tempat menarik

Dataran Lang

Salah satu daripada mercu tanda Langkawi yang terkenal. Berdiri tegap dengan gah pada ketinggian 52 meter di atas dataran terbuka dan berangin dengan bahagian hadapannya menghadap laut, ia jelas menarik perhatian para pengunjung yang tiba di Langkawi melalui jalan laut di mana ia mempunyai reputasi sebagai yang terbesar di dunia.

Galleria Perdana

Di Galleria Perdana, para pengunjung dapat melihat pameran hadiah dan cenderamata yang diterima bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh pemimpin-pemimpin dunia lain. Terletak 10 km dari Pekan Kuah, di Kilim, tempat menarik ini mempunyai hampir tiga ribu hadiah dan anugerah negara diberikan kepada bekas perdana menteri keempat negara ini. Hadiah-hadiah ini seperti barangan kristal, kraftangan kayu, barangan kulit, alat muzik, senjata, kraftangan dan seni halus Islam serta anugerah khas. Antara pameran popular yang dapat dilihat termasuk kereta dan kenderaan pacuan empat roda serta sebahagian hasil kraftangan tradisional terbaik yang dibuat negara-negara Afrika dan Pasifik Selatan.

Taman Burung Langkawi (kini dikenali sebagai Taman Hidupan Liar Langkawi)

Salah satu tarikan terbaru di Langkawi. Menampilkan 150 spesies burung dan lebih daripada 2,500 burung dengan kawasan pejalan kaki dilindungi dengan rapi. Pengunjung boleh mengambil gambar dengan burung kakak tua yang boleh bercakap secara langsung. Satu kemestian bagi keluarga mengunjungi taman ini.

Underwater World Langkawi

Pameran marin menampilkan ikan air masin dan air tawar serta hidupan marin yang lain, satu tempat yang perlu dilawati. Terletak di Pantai Cenang, akuarium ini menampilkan lebih daripada 5,000 hidupan marin, yang dipamerkan dalam lebih daripada 100 buah tangki pelbagai saiz. Tarikan utama ialah tangki gergasi yang menempatkan spesies marin yang besar.

Memberi makan kepada helang danAktiviti Snorkeling di Pulau Payar

SENARAI RESORT DAN PAKEJ PULAU LANGKAWI

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone