05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Pulau Lang Tengah

pulau lang tengah

Maklumat pulau

Pulau Lang Tengah ialah antara pulau-pulau yang indah di luar pantai timur Terengganu, Malaysia dan terletak di antara Pulau Perhentian dengan Pulau Redang. Kecantikannya dapat menambat hati anda semasa anda berada di sini.

SENARAI RESORT DAN PAKEJ DI PULAU LANG TENGAH

Menurut penduduk tempatan, Lang Tengah diambil namanya dari perkataan Lang, datang dari perkataan helang dalam Bahasa Melayu dan perkataan tengah. Oleh yang demikian, Lang Tengah bermaksud helang yang beredhat di pulau tengah. Pulau ini sangat kecil. Perjalanan mengelilingi pulau kecil ini dengan menggunakan bot laju hanya mengambil masa 10 minit.

Air laut yang jernih, pantai yang bersih dan hutan tropika yang masih terpelihara. Kecantikannya akan sentiasa terpahat dalam memori anda untuk selama-lamanya. Sebuah pulau yang anda boleh panggil tempat anda sendiri yang menjamin privasi dan ketenangan.

Bersiar-siar sepanjang pantai berpasir yang memutih atau berjemur di bawah sinaran matahari untuk mendapat kulit berwarna keemasan yang diidamkan. Teroka keajaiban alam dan anda akan terkejut dengan apa yang anda akan jumpai. Apa saja yang anda lakukan, kami akan memastikan tempoh penginapan anda bersama kami tempoh yang menyeronokkan.

Cara ke Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah terletak di Terengganu dan boleh sampai ke situ melalui Jeti Marang.

Dengan udara

Pelancong antarabangsa boleh terbang melalui Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Mahmood, Kuala Terengganu. Dari Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Kuala Terengganu. Dapatkan perkhidmatan teksi untuk membantu anda sampai ke Jeti Marang.

Syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Kuala Terengganu ialah Penerbangan Malaysia, Air Asia dan Berjaya Air.

Memandu sendiri

Dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu (lebih kurang 455 km)

Lebuhraya 2 KL (Tol Gombak) di Lebuhraya Karak dan terus ke Lebuhraya Pantai Timur (ECE) hingga ke pintu keluar Kuantan.

Lebuhraya 3 jalan keluar Kuantan ke Kuala Terengganu (jalan pantai ke Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu) (223 km)

Lebuhraya 2 KL (Tol Gombak) di Lebuhraya Karak dan terus ke Lebuhraya Pantai Timur (ECE) hingga ke pintu keluar Kuantan.

Lebuhraya 3 pintu keluar Kuantan ke Bukit Besi (20+ km) – belok kiri

Lebuhraya 14 Bukit Besi ke jalan susur Dungun / Ajil (114 km) – belok kiri

Lebuhraya 14 Dungun / Ajil ke Ajil / Kuala Berang (42 km) – belok kanan Lebuhraya 14 Ajil ke Kuala Terengganu

Dari Pulau Pinang ke Kuala Terengganu

Bergerak ke timur menuju ke Kota Bharu Lebuhraya 4 Timur-Barat melalui Grik dan Jertih, kemudian bergerak ke selatan lebuhraya 3 ke Merang atau Kuala Terengganu.

Singapura/Johor Bahru ke Kuala Terengganu

Bergerak ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di pintu keluar Yong Peng. Ikut lebuhraya 1 ke Labis dan Segamat, lebuhraya 12 ke Kuantan, kemudian gunakan sama ada lebuhraya 14 ke Kuala Terengganu atau lebuhraya pantai melalui Kemaman, Paka dan Dungun. Jalan pantai dilihat lebih menarik tetapi boleh juga menjadi sesak semasa waktu puncak pada siang hari. Sekiranya anda tidak mahu terburu-buru, gunakan jalan pantai sehingga sampai ke destinasi. Bergerak ke Mersing dan terus ke lebuhraya 3 terus ke Kuala Terengganu.

(Tempat meletak kenderaan disediakan di Jeti Merang (Pulau Redang / Pulau Lang Tengah), Jeti Marang (Pulau Kapas), Jeti Kuala Besut (Pulau Perhentian), Jeti Gawi (Tasik Kenyir) dan Empangan Kenyir (Rumah Bot Kenyir). Caj lebih kurang RM5.00 per kereta per malam)

** Peringatan: Semua maklumat yang diberi adalah tepat semasa diterbitkan dan hanya bertindak sebagai panduan sahaja dan subjek kepada perubahan tanpa notis sebelumnya.

Tempat-tempat menarik. Terdapat banyak tempat menarik boleh dilawati

Pulau yang cantik ini merupakan salah satu pulau di Taman Laut Redang di mana eksosistem marinnya adalah yang paling terpelihara. Ianya dikelilingi terumbu karang yang dilindungi dan menjadi tempat perlindungan spesies ikan yang diancam kepupusan. Terdapat lebih daripada 100 spesies batu karang dan ikan tinggal di kawasan itu. Malah penyu hijau dan penyu karah yang jarang ditemui boleh juga ditemui di sesetengah tempat menyelam.

Anda boleh mengenali pulau ini melalui beberapa aktiviti. Menyelam skuba merupakan cara terbaik untuk mengenali hidupan laut yang menakjubkan dalam laut yang berwarna seperti zamrud. Terdapat 15 tempat menyelam di sekitar pulau ini – Batu Kuching, Terumbu Kuning dan Tanjung Nibung Laut merupakan antara tempat menyelam yang terkenal di mana ikan jerung paus dan penyu dapat dikesan sekiranya anda bernasib baik. Tempat-tempat menyelam ini bersebelahan antara satu sama lain di mana penyelam boleh sampai dengan perjalanan bot selama 10 minit. Sesi menyelam boleh diaturkan oleh pihak resort sementara penyelam profesional dan peralatan menyelam disediakan.

Selain aktiviti menyelam skuba, anda juga boleh memilih aktiviti bersnorkel yang lebih mudah kerana keadaan air Laut China Selatan yang tenang menjadikan Pulau Lang Tengah tempat yang bagus untuk bersnorkel. Keadaan air yang bersih dan jelas memberi penglihatan yang jelas di mana anda boleh melihat dengan jelas semua hidupan dalam air. Berenang bersama dengan pelbagai jenis ikan dengan penuh keintiman pasti membuatkan pengalaman ini sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Sekiranya anda tidak membawa bersama peralatan snorkel anda, anda boleh menyewanya daripada pihak resort dengan harga yang munasabah.

SENARAI RESORT DAN PAKEJ DI PULAU LANG TENGAH

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone