05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Pulau Kapas

pulau kapas

Maklumat pulau

Pulau Kapas (Cotton Island) dan terletak 5 batu nautika atau 6 km luar perairan Marang, Terengganu. Pulau ini menjadi tempat di mana banyak penduduk tempatan dan pengembara pergi kerana mudah diakses dari kawasan jeti. Anda dapat sampai di pulau ini dalam 10 minit dengan menaiki bot laju dari Jeti Marang. Marang terletak 18 km di selatan bandar Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Jangan keliru bandar Marang dengan bandar Merang kerana Merang terletak di utara Kuala Terengganu.

SENARAI RESORT DAN PAKEJ DI PULAU KAPAS

Aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di pulau ini ialah berenang, menyelam skuba, snorkeling, luncur angin, memancing dan berkayak. Aktiviti bermotor seperti menaiki bot pisang tidak dibenarkan di sini. Bila anda menyelam atau snorkeling, anda akan dapat melihat ikan-ikan dan batu karang yang berwarna-warni, penyu dan hidupan marin lain dalam kawasan sekitar pulau ini. Dugong juga pernah dilihat sekali di pulau ini. Para penyelam, ambil perhatian bahawa ada bangkai kapal era Perang Dunia Kedua di utara Pulau Gemia di mana anda boleh pergi untuk aktiviti menyelam.

Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, guna Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur, lalu pergi ke Kuala Terengganu selepas keluar dari lebuhraya. Ikut lebuhraya pantai 3 dan anda akan melepasi bandar Kemaman, Kijal, Kerteh, Dungun dan Rantau Abang sebelum sampai di Marang. Perjalanan akan mengambil masa 7 jam. Bila anda sampai di Marang, ikut papan tanda Jeti Marang dan anda akan sampai dalam 5 minit. Terdapat banyak tempat meletak kereta yang kosong untuk kegunaan anda.

Jadual Perjalanan Bot ke Pulau Kapas

Jeti Marang ke Pulau Kapas

9.00 a.m, 11.00 a.m, 1.00 p.m dan 3.00 p.m (perkhidmatan 1.00 p.m tidak ada pada hari Jumaat)

Pulau Kapas ke Jeti Marang

9.30 a.m, 11.30 a.m, 1.30 p.m dan 3.30 p.m (perkhidmatan 1.30 p.m tidak ada pada hari Jumaat)

** Peringatan: Semua maklumat yang diberi adalah tepat semasa diterbitkan dan hanya bertindak sebagai panduan sahaja dan subjek kepada perubahan tanpa notis sebelumnya.

Terdapat banyak tempat menarik boleh dilawati, perkara yang patut dilihat dan dilakukan.

Kapas ialah sebuah pulau kecil dengan suasana yang menenangkan. Selain daripada berjemur di bawah sinaran matahari, makan, minum dan berehat bersama keluarga dan kawan-kawan, terdapat beberapa cara lain untuk membantu anda kekal sibuk.

Snorkeling

Terumbu yang mudah diakses dan berada dalam kawasan cetek serta air laut yang jernih menunjukkan kawasan perairan di sekitar Pulau Kapas menawarkan pengalaman snorkeling yang bagus. Terdapat banyak benda yang boleh dilihat dan keadaan air yang tenang, menjadikan ia satu pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Sesetengah orang memilih untuk meneroka air betul-betul di hadapan resort, di mana batu karang di situ tidak banyak. Bagaimanapun, tempat snorkeling terbaik ialah di antara Kapas dengan Pulau Gemia iaitu di kawasan barat laut pulau itu. Tempat-tempat snorkeling lain yang baik ialah di selatan pulau dan luar perairan timur pulau ini, di mana ia boleh diakses dengan berjalan kaki melalui kawasan pejalan kaki melalui kawasan hutan.

Peralatan snorkeling boleh disewa dari resort anda dan sesetengah resort turut mengatur rombongan bot ke tempat-tempat snorkeling yang disebut.

Spesies-spesies yang dijangka akan ditemui termasuk belut, tiram gergasi, sotong, landak laut, timun laut, ikan buntal, ikan angel, ikan damsel, nudibrankia (lintah laut yang berwarna-warni) dan malah penyu. Terdapat juga banyak batu karang jenis lembut dan keras, termasuk anemone laut dengan ikan badut bersaiz kecil bersembunyi di sebalik tentakelnya.

Bilangan pengunjung yang ramai dan sikap cuai mereka telah menyebabkan banyak kerosakan kepada batu karang, seterusnya memberi kesan buruk kepada hidupan marin sekitar pulau ini. Bagi memastikan bahawa anda dapat menjaga keselamatan diri dan pada masa sama, menyumbang kepada pemuliharaan eksosistem yang menakjubkan ini, sentiasa ingat perkara-perkara ini dalam minda anda:

  • Menyentuh atau berdiri di atas batu karang boleh merosakkan atau membunuhnya dan proses tumbesaran pula mengambil masa bertahun-tahun.
  • Kawal keapungan anda dengan berhati-hati kerana di sesetengah tempat, air sangat cetek. Gunakan jaket keselamatan dan hanya gunakan sirip sekiranya anda benar-benar yakin anda tidak menyentuh batu karang secara tidak sengaja.
  • Tidak membuang sampah. Sesetengah haiwan (seperti penyu) menganggap plastik makanan sebagai makanan dan tercekik sehingga mati.
  • Berada di kawasan yang ditanda agar anda tidak termasuk dalam laluan bot dan dilanggar bot.
  • Tidak menyentuh atau mengganggu hidupan marin dalam apa jua cara. Anda bukan sahaja menyakiti mereka bahkan mereka boleh menyakiti anda seperti landak laut atau karangan api. Pastikan anda juga tidak mendekati ikan Trigger kerana ikan ini berpotensi menjadi agresif, terutama bila menjaga sarangnya.
  • Bila menyewa peralatan, minta bantuan dan tips daripada pihak resort bagi memastikan peralatan yang digunakan sesuai (lebih-lebih lagi topeng anda).

Menyelam skuba

Sementara Pulau Kapas dikenali sebagai syurga bersnorkel – sebahagiannya kerana bahagian terumbu yang cetek, terdapat juga beberapa tempat menyelam skuba yang baik di situ. Salah satu tempat paling popular di sekitar pulau ialah sebuah bangkai kapal era Perang Dunia Kedua. Sebahagian kapal pukat tunda turut ditenggelamkan di situ untuk dijadikan sebagai tukun tiruan dan terdapat juga banyak batu karang di bahagian timur pulau ini.

Spesies-spesies yang dijangka akan ditemui termasuk belut, tiram gergasi, sotong, landak laut, timun laut, ikan buntal, ikan angel, ikan damsel, nudibrankia (lintah laut yang berwarna-warni) dan malah penyu. Terdapat juga banyak batu karang jenis lembut dan keras, termasuk anemone laut dengan ikan badut bersaiz kecil bersembunyi di sebalik tentakelnya.

Sekiranya anda gembira meneroka dunia bawah air, lakukan bahagian anda untuk melindunginya. Peraturan penting, selain tidak menahan nafas anda ialah hanya mengambil gambar dan meninggalkan buih anda sahaja!

Di bawah ialah panduan bagi setiap penyelam bertanggungjawab yang perlu diikuti:

  • Pilih operator menyelam yang menghormati alam sekitar dan aktif menyumbang kepada usaha pemeliharaan di kawasan tersebut.
  • Tidak langsung menyentuh atau memijak atas batu karang. Sentuhan yang sedikit bukan saja merosakkan mereka bahkan boleh juga menyakiti anda.
  • Cegah sentuhan secara tidak sengaja dengan terumbu atau menendang sedimen dengan mengekalkan jarak selamat dan mengamalkan kawalan badan dan sirip yang baik
  • Tidak mengambil sebarang bentuk cenderamata – hidup atau mati – bawah air, tetapi boleh mengambil sampah baru.
  • Tidak menyentuh, mengejar, menunggang atau sebarang bentuk gangguan kepada hidupan marin. Beri makan dan tangani hidupan marin hanya boleh dibuat di bawah bimbingan pakar.
  • Pastikan bot selaman tidak meletakkan sauh pada terumbu dan pastikan semua sampah (terutama plastik kecil) disimpan dengan betul.

Berjalan dalam hutan

Sesiapa yang memilih untuk tidak masuk ke dalam air dapat menikmati hutan yang masih terpelihara ini dengan melintasi pulau dengan menggunakan salah satu daripada lalaun pejalan kaki yang memintas kawasan kehijauan. Untuk memahami sepenuhnya kepelbagaian flora dan fauna, termasuk penggunaan sesetengah tumbuhan ini untuk kegunaan tradisional, pilihan terbaik ialah berjalan dalam huta sambil dipandu oleh pemandu bertauliah. Anda juga boleh berjalan berseorangan dengan mudah. Perjalanan dengan jalan kaki mengambil masa 45 minit dari jeti ke Kapas View Point merupakan salah satu laluan kegemaran yang diambil: pemandangan mengagumkan dari atas ialah ganjaran memuaskan setelah berpeluh berjalan kaki.

Jangan lupa membawa air yang banyak dan penyembur penghalau serangga yang baik.

Aktiviti-aktiviti lain

Permukaan pasir putih yang lembut di pulau ini bukan sahaja tempat yang bagus untuk berehat dan menikmati pemandangan, bahkan sesuai untuk permainan bola tampar pantai. Nikmati satu permainan bersama rakan-rakan tetapi jangan lupa untuk melindungi diri anda daripada sinaran matahari. Sesetengah resort turut menawarkan khidmat sewa kayak laut bagi membolehkan anda sendiri boleh meneroka teluk tersembunyi dan sebahagian pantai kosong di Pulau Kapas dengan berdayung ke situ.

Terdapat beberapa pantai di pulau ini yang bagus untuk aktiviti berenang, malah semasa air surut, di mana batu karang berada jauh di kawasan laut dan tidak wujud unsur bahaya terpijak di atasnya. Kawasan ini turut popular dengan aktiviti berlayar dan luncur angin.

SENARAI RESORT DAN PAKEJ DI PULAU KAPAS

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone