05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Seaventures Dive Resort

seaventures resort
Harga dari
RM1285

Sabah

Info HotelPakej & HargaAturcara PakejGaleri Gambar

Pelantar yang mengalami sedikit pengubahsuaian ini terletak di tengah-tengah segi tiga batu karang, di Sabah, bahagian Borneo Malaysia. Raksasa besi ini pernah digunakan sebagai rig eksplorasi dalam sektor minyak dan gas dan setelah mengalami pengubahsuaian, dikenali sebagai Seaventures Dive Rig. Sebuah resort menyelam yang unik, satu-satunya resort sebegini di dunia, Seaventures masih mengekalkan tarikan dan semangat pelantar ini tetapi pada masa sama, bilik-bilik diubahsuai supaya lebih selesa, makanannya mendapat pengiktirafan besar, perkhidmatan yang cemerlang dan selaman bertaraf dunia.

Ia benar-benar merupakan alternatif baru bagi mana-mana resort selaman dan yang paling baik, ia terletak di salah satu destinasi menyelam yang terkenal dalam industri menyelam yang selalu diletakkan sebagai antara yang terbaik di dunia.

Seaventures Dive Resort ialah sebuah resort menyelam PADI IDC bertaraf 5 bintang terletak kira-kira 26 km dari pelabuhan terdekat di Semporna, Sabah, kira-kira 0.7 km dari Pulau Mabul yang dikenali kerana kehebatan makro dan sedimen tempat selaman, 5 km dari Pulau Kapalai yang dikenali dengan bangkai kapal dan tukun tiruan yang ditenggelamkan dan kira-kira 9 km di utara Pulau Sipadan yang diletakkan sebagai antara destinasi selaman terbaik di dunia.

Menyelam: Sebuah stesen menyelam yang terurus dan dikendalikan dengan baik sentiasa bersedia mengendalikan pelbagai aktiviti skuba. Peralatan sewa yang dijaga dengan baik dan bot selaman yang sentiasa membawa penyelam ke dan dari tempat selaman bersama pasukan menyelam profesional yang bagus, amat mengetahui tentang hidupan marin dan keadaan kawasan tempatan serta mempunyai penglihatan tajam untuk mengesan mana-mana hidupan termasuk yang tidak dilihat. Pelantar ini berbangga kerana mempunyai rekod keselamatan yang baik terutama dalam soal menjaga kebajikan pelanggan. Seaventures menyediakan pelbagai jenis kursus PADI dari kursus permulaan dan percubaan menyelam kepada kepakaran dan pensijilan profesional. Ketika ini, kami satu-satunya resort di kawasan ini yang menawarkan kursus Kepakaran Gua PADI di Gua Penyu yang terkenal di Sipadan.

Ciri jenama Seaventure Dive Resort di pelantar ini ialah sebuah mesin pengangkat resort ini yang terkenal menurunkan penyelam terus ke dalam terumbu rumah yang terbaik di kawasan ini di bawah pelantar. Tiada lagi hari-hari menarik peralatan dan masuk dengan langkah besar – berjalan sahaja dan membiarkan diri anda diturunkan ke dalam air dan meluncur terus ke selaman anda. Lif ini juga merupakan platform utama untuk Lompatan Pelantar yang terkenal, aksi kegemaran para tamu kami untuk dicuba sekurang-kurangnya sekali semasa mereka menginap di sini. Adakah anda berani?

Terumbu Rumah Seaventures (seaventures house reef) mempunyai pelbagai hidupan marin dari makro yang menyeronokkan hingga pelagik. Antara pelbagai jenis kumpulan besar ikan tropika karang yang dapat anda selalu lihat ialah ikan alu-alu, kerapu, penyu, belut moray, belut reben, ikan katak, ikan kala jengking, ikan buaya kepala rata, ikan singa, nudibrankia dan ikan hantu dengan sotong cincin biru dapat dilihat sekali-sekala. Sekiranya berpeluang, anda juga boleh melihat seekor atau dua ekor ikan jerung paus yang diketahui berenang di kawasan itu.

Seaventures Dive Resort menawarkan aktiviti menyelam Terumbu Rumah tanpa terhad secara percuma kepada semua tamu penyelam kami. Dapatkan sebuah tangki dan teman, nikmati selaman yang menyeronokkan mengikut masa dan kelajuan anda.

Bagaimana untuk sampai ke Seaventures: Penerbangan Malaysia dan Air Asia menawarkan penerbangan harian ke Tawau. Anda boleh terbang terus dari Kuala Lumpur ke Tawau menggunakan dua syarikat penerbangan ini. Atau sekiranya anda sudah berada di Kota Kinabalu, anda boleh mengambil penerbangan terawal ke Tawau.

Penginapan

  1. Bilik keluarga

Sebuah kabin yang luas dan bebas bagi mana-mana penyelam untuk berehat dengan selesa setelah selesai menyelam. Kabin ini turut dilengkapi dengan tempat tidur dan tuala yang segar dan bersih, pendingin udara kawalan jauh, bilik mandi hujan air panas, ditambah dengan kawasan tempat duduk dan ruang bersiap, en-suite lebih besar dan tentunya khidmat mengemas bilik.

  1. Asrama

Keseronokan menyelam tidak akan lengkap tanpa kehadiran rakan-rakan penyelam yang mempunyai pemikiran sama. Ideal bagi yang mempunyai bajet, kabin dormitori ini boleh menempatkan sehingga 4 orang dan dilengkapi dengan katil bertingkat asas yang selesa dengan peralatan tempat tidur yang segar dan bersih, berpendingin udara, lokar peribadi dan khidmat mengemas bilik. Nikmati mandian hujan air panas selepas mengalami selaman yang sejuk dalam satu-satunya tempat mandi bersama dormitori kami yang boleh menampung 6 orang bagi setiap petak persendirian.

  1. Bilik kembar / bilik kelamin

Sesuai untuk pasangan, selesakan diri anda dalam bahagian kabin kami yang selesa di mana ia mengingatkan anda pada kehidupan lama di pelantar. Dilengkapi dengan peralatan tempat tidur yang segar dan bersih, tempat mandi hujan air panas dan khidmat mengemas bilik, apa lagi yang anda perlukan? Ingat, anda di sini untuk memanfaatkan sepenuhnya aktiviti menyelam anda dan selagi mana anda selesa mendapatkan tidur malam yang baik, benda lain hanya mengambil masa berjalan turun daripada tangga.

PAKEJ SNORKELING DAN DIVING

PAKEJ STANDARD (BERDUA) DORM ROOM (BEREMPAT)
DIVER HARGA/SEORANG
4 HARI 3 MALAM 2544 1632.4
5 HARI 4 MALAM 3127 2024.6
6 HARI 5 MALAM 3710 2416.8
*TAMBAHAN HARI/MALAM 641.3 487.6
NON DIVER STANDARD (BERDUA) DORM ROOM (BEREMPAT)
4 HARI 3 MALAM 2035.2 1303.8
5 HARI 4 MALAM 2501.6 1621.8
6 HARI 5 MALAM 2968 1934.5
*TAMBAHAN HARI/MALAM 514.1 392.2

 Sebarang kanak-kanak yang merupakan penyelam bertauliah perlu membayar harga penyelam penuh.
 Kanak-kanak BUKAN MENYELAM berumur 5 hingga 11 tahun mendapat 50% diskaun untuk PAKEJ BUKAN PENYELAM dengan syarat mereka berkongsi bilik dengan ibu bapa / penjaga mereka. Jika tidak, harga penuh akan dikenakan.
 Tiada kanak-kanak bawah 10 tahun dibenarkan, melainkan mereka di bawah pengawasan ibu bapa / penjaga atas sebab keselamatan. Tiada penjaga bayi disediakan di sini.

PAKEJ TERMASUK:
• Pengangkutan darat pergi dan balik: Lapangan Terbang Tawau / Bandar – Semporna – Lapangan Terbang Tawau / Bandar
• Pengangkutan laut pergi dan balik: Jeti Semporna – Seaventures Dive Resort – Jeti Semporna
Nota:Semua perjalanan bot dan darat berdasarkan kepada jadual masa Seaventures; minimum 2 orang bagi setiap perjalanan.
• Makanan bufet (sarapan / makan tengah hari / makan malam) dan percuma air mineral tanpa had, kopi / teh dihidangkan sepanjang hari kecuali minuman berkarbonat dan beralkohol.
Nota: Tiada hidangan ala-carte disediakan
• Kabin en-suite berhawa dingin dengan mandian hujan air panas berkonsep perkongsian secara berdua.
• 3 selaman bot setiap hari antara Pulau Mabul / Pulau Kapalai atau Pulau Sipadan, kecuali pada hari ketibaan dan hari keberangkatan. Selaman di Sipadan bergantung kepada kelulusan permit dan kekosongan kuota.
• Selaman tanpa had kawasan terumbu rumah dengan sistem buddy (bergantung masa dan cuaca)
• Tangki, tali pinggang pemberat dan pemberat.

KEMUDAHAN
• Kabin ensuite berhawa dingin dengan mandian hujan air panas
• Bilik permainan – Meja Ping Pong, Meja Pool
• Bilik persidangan (boleh memuatkan sehingga 60 orang)
• Lounge Dek Matahari
• Lounge Dek Utama (turut bertindak sebagai ruang makan luar terbuka)
• WI-FI
• IDD
• Kursus Selaman PADI sehingga tahap Pengajar

*Nota :Tiada aktiviti menyelam untuk tetamu yang terbang pada hari daftar keluar mereka. Selaman bot tidak boleh dipindahkan dan hanya dibenarkan seperti yang dijadualkan oleh pengurusan Seaventures bagi setiap penyelam. Tolong aturkan penerbangan anda sebaik mungkin.

Sila ambil perhatian bahawa tiada pakar selaman akan menemani selaman di house reef (rumah terumbu), melainkan wujud aturan awal yang telah dibuat.

CONTOH JADUAL PAKEJ 5 HARI / 4 MALAM SEAVENTURES

Hari pertama: KETIBAAN DI SEAVENTURES RIG RESORT (Makan malam / makan malam)
• Bertemu di pejabat Semporna. Dari Jeti Semporna, anda akan bergerak ke Rig. Perjalanan bot mengambil masa kira-kira 45 minit, bergantung kepada keadaan cuaca dan laut.
• Daftar masuk bilik anda kemudian hadiri taklimat penyelam oleh Pasukan Penyelam Seaventures.
• Selaman pengenalan di bawah Rig.
• Sekiranya anda layak melakukan selaman malam, anda melakukan selaman malam kawasan terumbu rumah dengan kawan anda. Tiada caj tambahan untuk selaman malam, kecuali untuk lampu suluh jika anda tidak mempunyai lampu suluh sendiri.

Hari kedua – keempat: SEAVENTURES DIVE RESORT (Sarapan / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
• 3 selaman bot antara Mabul atau Kapalai atau Sipadan
• **Selaman kawasan house reef tanpa had dengan buddy di bawah kawasan Rig

• **Menyelam di Sipadan bergantung kepada kekosongan permit dan kelulusan daripada Pengurusan Taman Sabah. Bagaimanapun, sekiranya permit ke Pulau Sipadan tidak ada dan / atau diluluskan, sila ambil perhatian bahawa pakej masih berkuatkuasa untuk 3 selaman bot dan dilakukan antara Mabul atau Kapalai atau pulau berhampiran.

Hari kelima : KEBERANGKATAN (Sarapan / Makan Tengah Hari)
• 2 selaman bot maksimum bagi tetamu tanpa penerbangan pada hari keberangkatan.
• Daftar keluar pada jam 1400 ke Semporna seperti mana yang dinasihatkan.

Galeri Gambar Seaventures Dive Resort

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone