05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Redang Reef Resort

PANDANGAN LUAR RESORT
Harga dari
RM230

Terengganu

Info HotelPakej & HargaAturcara ProgramGaleri Gambar

Redang Reef Resort terletak di antara kawasan yang kaya dengan batu karang dengan bahagian pantai yang paling cantik di pulau itu. Direka mengikut gaya Melayu klasik, resort yang menawan ini sesuai untuk bercuti dengan landskap persekitaran yang indah. Resort ini menawarkan kepada pelancong, pemancing dan penggemar aktiviti menyelam helaan nafas yang menyegarkan dan kebebasan sepenuhnya.

Bagi sesiapa yang hanya mahu berehat, ada ruang makan yang besar menghadap kawasan teluk di mana mereka boleh makan, minum, memanggang makanan dan berkaraoke sehingga lewat malam. Malah kanak-kanak boleh mencari ruang yang mereka boleh panggil ruang mereka sendiri.

Kemudahan

  • Karaoke Mini.
  • Rancangan TV atau filem.
  • Bola tampar pantai.
  • Permainan tradisional congkak.
  • Mahjung dan gin rummy.
  • Sewa topeng di mana kos sewa bagi setiap topeng ialah RM10.
  • Bot untuk aktiviti memancing pada waktu malam / siang disediakan dengan kos RM250.00 per bot.
  • Karom, kad, catur dan damak.
  • Berjalan dalam hutan.

Aktiviti-aktiviti

  1. Permainan pantai.
  2. Menyelam
  3. Permainan papan di ruang tertutup
  4. Bersnokel
  5. Taman Laut
  6. Telematch (keperluan diaturkan sebelum itu).

Tarikan

Redang Reef Resort menghadap Pantai Pasir Panjang di mana pantainya begitu cantik dan air lautnya kelihatan jernih, sesuai untuk berjemur di bawah sinaran matahari, berenang atau bersnorkeling. Pantainya panjang dan lebar, cukup untuk dijadikan sebagai ruang persendirian anda. Pemandangannya sangat menakjubkan. Sebagai alternatif, saya sangat mencadangkan melakukan trip bot ke Pantai Pasir Kalong yang terlindung di mana ia menawarkan pantai pasir yang menakjubkan kepada pengunjungnya.

Bersebelahan dengan Redang Reef Resort ialah satu tempat yang dipanggil Tanjung Mak Cantik yang menawarkan pengalaman bersnorkeling yang memuaskan di mana ia terletak di antara singkapan batu tongkol. Jauh ke utara pula ialah satu lagi tempat bersnorkeling yang popular yang dipanggil Tanjung Tengah di mana ia dikenali kerana kewujudan koloni anak ikan jerung Blacktip.

PAKEJ PROMOSI IN HOUSE 3HARI 2MALAM 1 APR – 19 JUL 2015

HARGA PAKEJ/SEORANG HARI BIASA (AHAD-KHAMIS) HARI MINGGU (JUMA’AT-SABTU) CUTI SEKOLAH EVE/CUTI UMUM
BERDUA DEWASA 380 430 480 500
KANAK-KANAK 380 430 480 500
BERTIGA DEWASA 340 400 450 470
KANAK-KANAK 150 180 200 220
BEREMPAT DEWASA 320 360 430 450
KANAK-KANAK 150 180 200 220
BEREMPAT DENGAN PEMANDANGAN LAUT DEWASA 360 410 460 480
KANAK-KANAK 150 180 200 220
TAMBAHAN MALAM DEWASA 130 140 150 180
KANAK-KANAK 90 100 110 120

 

PAKEJ PROMOSI HUJUNG TAHUN 3HARI 2MALAM 20 JUL – 20 OCT 2015

HARGA PAKEJ/SEORANG HARI BIASA (AHAD-KHAMIS) HARI MINGGU (JUMA’AT-SABTU) CUTI SEKOLAH EVE/CUTI UMUM
BERDUA DEWASA 370 410 480 500
KANAK-KANAK 370 410 480 500
BERTIGA DEWASA 330 390 450 470
KANAK-KANAK 140 170 200 220
BEREMPAT DEWASA 310 350 430 450
KANAK-KANAK 140 170 200 220
BEREMPAT DENGAN PEMANDANGAN LAUT DEWASA 350 400 460 480
KANAK-KANAK 140 170 200 220
TAMBAHAN MALAM DEWASA 130 140 150 180
KANAK-KANAK 90 100 110 120

– Penginapan dengan pendingin udara dan bilik air yang bersambung.
– Sajian makanan (sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam, BBQ)
– Trip snorkeling (secara percuma) – tanpa peralatan.
– Perjalanan feri 2 hala dari Shahbandar ke / dari resort.

Pakej tidak termasuk:

– Terminal Bas Kuala Terengganu / Hotel di bandar Kuala Terengganu – 2 hala
– Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Jeti Shahbandar – 2 hala
– Lapangan Terbang Redang ke resort – 2 hala
– Dana Pemuliharaan Taman Laut.
– Jaket keselamatan
– Topeng normal
– Topeng berkuasa tinggi (bagi yang mempunyai kuasa cermin mata iaitu 300 ke atas)

Nota:

– Tambahan bilik untuk seorang RM 80.00 semalam (mengikut harga perkongsian berkembar)
– Anak-anak kecil yang berumur 1 – 3 tahun yang berkongsi katil dengan ibu bapa mereka akan dicaj RM 80.00 seorang.
– Kanak-kanak berumur antara 4 – 11 tahun.
– Tambahan malam termasuk penginapan, makan dan perjalanan bersnorkeling.
– Tempahan bilik disahkan setelah mendapat e-mel pengesahan atau pembayaran deposit sebanyak 50%.
– Deposit tidak akan dipulangkan dan sekiranya berlaku perubahan 7 hari sebelum tarikh berangkat atau pembatalan, ia boleh diuruskan.
– Semua tetamu perlu memberi nama penuh dan nombor kad pengenalan / nombor pasport setelah tempahan disahkan.

Jadual Perjalanan Feri
Jeti Shahbandar ke Pulau Redang 9.00 a.m, 10.30 a.m, 3.00 p.m
Pulau Redang ke Jeti Shahbandar 7.00 a.m, 11.00 a.m

Alamat: Jeti Shahbandar
Terminal Penumpang Kuala Terengganu

Terma dan Syarat:

Sila tepati masa untuk semua aktiviti. Sebarang aktiviti yang tertinggal tidak akan digantikan dan pihak kami mempunyai hak untuk mengubah jadual, menukar kenderaan atau membatalkan sebarang aktiviti disebabkan sebab-sebab operasi yang tidak dinyatakan.

Berangkat: Anda perlu berada di Jeti Pantai Panjang (di hadapan Pantai Redang) sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa jadual feri bertolak.

Tidak muncul: Sekiranya anda gagal mendaftar masuk pada masa feri telah bertolak, tambang yang dibayar tidak akan dipulangkan untuk sebarang sebab.

Jadual
Hari pertama
11.00 pagi Tiba di Redang Reef Resort
12.00 tengah hari Makan tengah hari
1.30 petang Daftar masuk
2.30 petang Masa bersnorkeling
4.00 petang Minum petang
7.00 malam Makan malam
Hari kedua / hari keempat
7.00 pagi Sarapan
9.30 pagi Masa bersnorkeling
12.30 tengah hari Makan tengah hari
2.30 petang Masa bersnorkeling
4.00 petang Minum petang
7.00 malam Makan malam
Hari ketiga
7.00 pagi Sarapan
9.00 pagi Mendaftar keluar dari bilik
11.00 pagi Meninggalkan pulau

Galeri Gambar Redang Reef Resort

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone