05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Redang Kalong Resort

redang kalong resort pulau redang
Harga dari
RM380

Terengganu

Info HotelPakej & HargaAturcara ProgramGaleri Gambar

Ditubuhkan pada tahun 2000, Redang Kalong Resort telah menyaksikan beribu  pelawat melalui pantai persendiriannya di Pulau Redang. Pasangan kekasih datang ke sini untuk percutian yang romantik dan mereka yang berkeluarga pula meluangkan masa keluarga yang berkualiti.

Penyelam sentiasa terpesona dengan kehidupan laut yang banyak terdapat di dalam air yang jernih Pulau Redang. Kehidupan marin  yang kaya dengan pelbagai jenis spesis boleh ditemui  di terumbu rumah resort (house reef). Ia adalah perkara biasa untuk tetamu menjumpai penyu dan jerung bayi, di samping kehidupan marin lain yang berwarna-warni.

Bilik

Sama ada perkongsian kembar atua tiga,tempat penginapan Redang Kalong Resort diperbuat daripada bahan-bahan asli di Malaysia .  Redang Kalong Resort mempunyai 39 bilik dengan bilik mandi dengan keselesaan hawa dingin dan air panas disediakan 24 jam. Anda dijemput datang menyertai kami dan mendapat pengalaman penginapan 5-bintang pada harga 1 – bintang .

Kemudahan & Aktiviti

Kemudahan resort termasuk menyelam, snorkeling , bola tampar pantai, kayak, permainan papan dan karaoke mini. Selepas hari yang penuh dengan aktiviti yang menyeronok, anda dijemput untuk bersantai di bar tepi pantai kami. Kedai Redang kalong Resort menjual pelbagai kemeja- T, bateri , barang kegunaan peribadi , cenderamata dan lain-lain. Isyrat telefon mudah alih yang kuat dan akses wifi juga terdapat di resort. Sekiranya anda ingin mengadakan perbincangan rasmi, bilik mesyuarat disediakan untuk kegunaan anda .

Menyelam

Redang Kalong Resort mempunyai Pusat Menyelam PADI 5 -Bintang yang diuruskan oleh Diver’s Den. Resort ini mengendalikan rangkaian penuh Kursus PADI sehingga kelayakan tertinggi iaitu sebagai Pengajar PADI . Redang Kalong Resort mempunyai bilik berhawa dingin yang dilengkapi dengan peralatan A , bilik penyimpanan peralatan yang luas dan dek untuk penyelam berehat selepas melakukan selaman .

Pusat menyelam Redang kalong Resort mengoperasikan 4 bot menyelam yang boleh membawa anda ke tempat menyelam anda dalam beberapa minit. Satu papan putih besar menyenaraikan Divemaster dan tetamu yang  akan mengikut bot-bot tertentu. Dengan sekali imbas di papan tulis akan memberitahu anda selaman yang dijadualkan untuk bot anda pada hari itu agar ia memberi anda idea tentang apa yang dijangkakan dan kanta jenis apa untuk dipasang pada kamera anda. Tangki penuh menunggu  anda di bot dan di Redang Kalong Resort anda TIDAK perlu mengangkat tangki yang berat.

Pakej Free & Easy (Bebas & Mudah)

JENIS BILIK STANDARD TWIN STANDARD TRIPLE SEAVIEW TWIM SEAVIEW TRIPLE
HARGA HARI BIASA (AHD-KHA) 430 390 470 420

Surcaj dikenakan pada perkara-perkara berikut:
– Malam Jumaat dan Sabtu: RM 30.00 seorang untuk semalam
– Cuti sekolah dan cuti umum: RM 40.00 seorang untuk semalam
– Tambahan seorang: RM 80.00 semalam ditambah pada harga perkongsian kembar.
– Kanak-kanak berusia antara 4 – 11 tahun akan dikenakan 60% daripada harga pakej.
– Anak-anak kecil yang berusia 1 – 3 tahun akan dicaj RM 80.00 (berkongsi katil dengan ibu bapa)
* Penghantaran pulang bot secara percuma dari Jeti Merang ke Pulau Redang.

Harga pakej 3 hari 2 malam berdasarkan per seorang termasuk:
– Penghantaran pulang bot secara percuma dari Jeti Merang ke Pulau Redang.
– Penginapan dalam bilik berpendingin udara, bilik air persendirian dengan mandian hujan air panas.
– Minuman panas dan sejuk boleh didapati dengan banyak (minuman berkarbonat dan alkohol boleh dibeli).
– Makanan gaya bufet: 2 untuk sarapan pagi, 2 untuk makan tengah hari, 2 untuk minum petang, 1 untuk makan malam dan 1 untuk BBQ.
– 3 perjalanan bersnorkel secara percuma mengikut keadaan cuaca.
– Kemudahan rekreasi luar dan dalam disediakan.

Pakej tidak termasuk:
*Bayaran yuran Taman Laut: RM 5.00 seorang untuk orang dewasa atau kanak-kanak. Boleh dibeli sendiri semasa di jeti perlepasan.
*Peralatan snorkeling..

Pakej Menyelam (Diver’s Packages)

JENIS BILIK STANDARD TRIPLE SEAVIEW TWIN SEAVIEW TRIPLE
HARGA HARI BIASA (AHD-KHA) 710 670 750 700

– Malam Jumaat dan Sabtu: RM 30.00 seorang untuk semalam
– Cuti sekolah dan cuti umum: RM 40.00 seorang untuk semalam
– Tambahan seorang: RM 80.00 semalam ditambah pada harga perkongsian kembar.

Harga pakej 3 hari 2 malam berdasarkan per seorang termasuk:
– Penginapan dalam bilik berpendingin udara, bilik air persendirian dengan mandian hujan air panas.
– Minuman panas dan sejuk boleh didapati dengan banyak (minuman berkarbonat dan alkohol boleh dibeli).
– Makanan gaya bufet: 2 untuk sarapan pagi, 2 untuk makan tengah hari, 2 untuk minum petang, 1 untuk makan malam dan 1 untuk BBQ.
– 3 perjalanan bersnorkel secara percuma mengikut keadaan cuaca.
– Kemudahan rekreasi luar dan dalam disediakan.
– Selaman pada waktu siang dan pakej selaman tidak boleh diubah (Jadual masa selaman 8.30 pagi / 11.30 pagi dan 3.00 petang)
– Menyelam termasuk khidmat pemandu selaman, tangki dan beban sahaja.
– Semua penyelam perlu menunjukkan kad pengenalan dan log menyelam. Pakar menyelam kami mempunyai hak untuk mengecualikan penyelam yang tidak layak atau tidak mempunyai tauliah daripada menyelam dan membatalkan aktiviti menyelam disebabkan keadaan cuaca yang tidak selamat.
-Pakej Menyelam tidak termasuk yuran masuk taman laut dan peralatan menyelam yang lain seperti BCD Jacket, Regulator dan lain-lain.

Terma dan Syarat Pembayaran / Panduan Penempahan Umum
*Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk pengesahan dan baki akan dibayar sebulan sebelum berangkat.
*Bayaran yang dibuat tidak akan dipulangkan sama ada dibayar sebahagian atau penuh sekiranya tidak muncul / pembatalan / penangguhan yang dibuat 30 hari sebelum mendaftar masuk.
*Pengurusan mempunyai hak untuk mengubah, memansuhkan atau menambah syarat atau mengeluarkan pakej pada sebarang masa tanpa notis dan membatalkan sebarang jelajah disebabkan cuaca buruk atau sebab-sebab operasi dinyatakan demi keselamatan tetamu kami.
*Pihak kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan disebabkan kegagalan berhubung dengan perkhidmatan lain dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kehilangan bagasi atau barangan peribadi, sakit, kecederaan atau kematian disebabkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di luar kawalan kami.

Jadual Pakej Bebas & Mudah 3H/2M

Hari 1
1030 Perjalanan bot ke pulau
1200 Daftar masuk bilik
1300-1400 Makan tengah hari
1415 Snorkeling
1630-1730 Minum Petang
1930-2030 Makan malam/BBQ

Hari 2
0730-0830 Sarapan Pagi
0915 Snorkeling
1300-1400 Makan tengah hari
1415 Snorkeling
1630-1730 Minum Petang
1930-2030 Makan Malam/BBQ

Hari Berlepas
0730-0830 Sarapan Pagi/ Daftar Keluar
0900 Perjalanan bot ke Merang

Jamuan disediakan ala Bufet Makanan Malaysia yang Halal

Nota:
Tiada aktiviti snorkelling/selaman pada hari berlepas

Jadual Pakej Selaman 3H2M

Hari 1
1030 Perjalanan bot ke pulau
1200 Daftar masuk bilik
1130 Selaman (tidak beraplikasi pada hari pertama daftar masuk)
1300-1400 Makan tengah hari
1415 elaman
1630-1730 Minum Petang
1930-2030 Makan malam/BBQ

Hari 2
0730-0830 Sarapan Pagi
0830 Selaman
1130 Selaman
1300-1400 Makan tengah hari
1500 Selaman
1630-1730 Minum Petang
1930-2030 Makan Malam/BBQ

Hari Berlepas
0730-0830 Sarapan Pagi/ Daftar Keluar
0900 Perjalanan bot ke Merang

Jamuan disediakan ala Bufet Makanan Malaysia yang Halal

Nota:
Tiada aktiviti snorkeling/selaman pada hari berlepas

Tips Perjalanan ke Kuala Terengganu
Kereta – Pandu melalui perjalanan yang indah selama 7 jam dan bermalam di bandar
Bas – Bas malam beroperasi tiap hari
Kapal terbang – Untuk menaiki bot pada pukul 10.30am, anda harus tiba di lapangan terbang tidak lebih dari pukul 8.30am. Kapal terbang mesti berlepas dari Terengganu pada pukul 1300

Jadual Masa Bot dan Jadual Masa Bilik
*Merang Jeti ke Resort-10.30am Daftar Masuk-12.00pm
*Resort ke Merang Jeti-09.00am Daftar Keluar-09.00am

Galeri Gambar Redang Kalong Resort

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone