05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Pom Pom Island Resort

WATER VILLA ( BAHAGIAN LUAR ) pom pom island
Harga dari
RM1100

Sabah

Pom Pom Island Resort & Spa , Pulau Pom Pom adalah sekitar 45 minit perjalanan dengan bot dari pantai Borneo ; ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan dikelilingi oleh pasir putih dan air biru Laut Celebes. Di pulau yang indah inilah ” Pom Pom Island Resort & Spa” terletak. Pom Pom Island Resort & Spa adalah sebuah resort baru dan eksklusif yang terletak di Laut Celebes ( Latitud 04˚36 ‘ , Longitud 118˚52 ‘). Secara geografi , Pulau Pom Pom adalah antara pulau yang jarang ditemui di Laut China Selatan.

Pom Pom Island Resort terdiri daripada Villa Menghadap Pantai yang mewah ,  Villa Atas Air dan Villa Taman yang dibina dengan cara yang tradisional dan mesra alam.

Villa menawarkan kemudahan berikut :

  • Hawa Dingin
  • Beranda peribadi
  • Bilik mandi persendirian
  • Kipas angin
  • Mandian air panas
  • Pengering rambut
  • Tuala Pantai
  • Teh dan Kopi Percuma

Terletak di tengah-tengah “Coral Triangle”  perairan Pulau Pom Pom terkenal dengan biodiversiti , dan penyu laut mereka dengan menjadi syurga pencinta makro .

Pulau ini adalah tempat bertelur bagi penyu Hawksbill dan penyu hijau . Penyu bertelur pada akhir April hingga bulan Ogos, dan mereka yang melawat sepanjang bulan tersebut boleh menyertai rondaan penyu anjuran Pom Pom Island Resort untuk memerhati aktiviti penyu bertelur .

Pulau Pom Pom menawarkan akses kepada lebih daripada 20 tapak menyelam dengan terumbu karang yang dilindungi dan pulau seperti Pom Pom , Mataking, Timba – timba, Kalapuan, Baturua, Mantabuan, Bohaydulong , Batarua Reef dan Taman Marin Tun Sakaran . Anda juga boleh menyelam di Sipadan, tetapi ia bergantung kepada kekosongan dan sangat terhad.

Pulau Pom Pom adalah Pusat Menyelam PADI 5 Bintang dan menawarkan kursus menyelam berlesen dari yang mula belajar hingga ke tahap yang lebih maju.

Restoran Calyx

Masakan tradisional yang lazat (Melayu dan Cina ) bersama-sama dengan makanan barat dihidangkan di Pom Pom Heart, restoran berkonsep terbuka yang direka indah.

Spa Yin & Yang

Spa  Yin & Yang Spa menawarkan pelbagai jenis sesi urut dan rawatan, yang direka khas untuk anda.

Aktiviti Lain

Aktiviti lain termasuk:

  • Pengenalan kepada Selam Skuba
  • Snorkeling & Berenang
  • Kayak Laut
  • Bili Permainan
  • Meja Snuker
  • Bola Tampar Pantai
  • Bola Sepak
  • Berbasikal
  • Joging
  • Meredah hutan dan berkelah di Pulau Bohaydulong
  • Rawatan Spa Yin & Yang
  • Pengenalan kepada Selam Skuba
  • WIFI Internet
  • Penyu bertelur

PAKEJ BUKAN PENYELAM
JENIS BILIK

PAKEJ/SEORANG WATER VILLA BEACH VILLA GARDEN VILLA
2 HARI 1 MALAM 1,500 1,400 1,300
3 HARI 2 MALAM 2,400 2,200 2,000
4 HARI 3 MALAM 3,300 3,000 2,700
5 HARI 4 MALAM 4,200 3,800 3,400
*TAMBAH MALAM 800 700 600

Hubungi kami untuk  mendapatkan diskaun 10-15 peratus dari harga di atas.

Pakej termasuk:
* Tiket perjalanan darat dan feri pergi dan balik dari Lapangan Terbang Tawau – Jeti Semporna – Pulau Pom Pom
* Jamuan Makanan Lengkap (Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari. Makan Malam)
* Percuma teh, kopi dan jus sepanjang hari di restoran (kecuali alkohol dan minuman ringan)
Caj tambahan Musim Puncak @ RM 100.00 satu orang satu malam
Malam Krismas & Hari Krismas : 24 & 25 Disember
Malam Tahun Baru & Tahun Baru : 31st Disember & 1st Januari

>Semua villa direka khas untuk penginapan 2 orang untuk memastikan kuailiti yang terbaik dan juga keselesaan anda. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang bercuti berkeluarga, katil tambahan boleh diaturkan atas permintaan awal.
>Semua harga pakej adalah dicaj seorangan, temasuk malam tambahan
>Dasar Kanak-Kanak
(2-11 tahun): 50% caj daripada harga dewasa
(bawah 2 tahun): percuma
>Dasar Penginapan Berseorangan
Caj tambahan sebanyak 50% akan dicaj bagi Penginapan Seorangan
>Permintaan untuk Makanan Tanpa Celiac/Gluten:
Terdapat caj tambahan sebanyak RM50.00 satu hari untuk jamuan tanpa gluten. Sila maklumkan semasa tempahan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
>Harga adalah Nett dan dalam Ringgit Malaysia dan termasuk 6% GST

SNORKELING
Semua aktitviti snorkeling mungkin akan diubah jikalau cuaca atau keadaan air yang tidak memuaskan, tetapi kebiasaannya, ia bermula dari jam 8.15am hingga 5pm. Ia merupakan tanggungjawab tetamu untuk berada di pusat menyelam pada masa yang ditentukan dan mempunyai semua peralatan snorkeling, atau pertukaran peralatan snorkeling 30 minit sebelum berlepas. Sila jangan minta untuk pertukaran peralatan semasa bot hendak berlepas, kami sering berusaha untuk memastikan kami mengikut jadual masa.
2. Semua aktiviti snorkeling dengan pengajar ke pulau pulau adalah dicadangkan setiap hari *minimum 4 orang*
Nota: Peralatan Snorkeling tidak termasuk dalam harga, ia boleh disewa dari pusat selaman.

SELAMAN
1. Semua aktiviti selaman adalah dirancang terlebih dahulu. Pom Pom Island Resort tidak menerima sebarang penyelam yang tidak membuat tempahan. Sila jadualkan selaman pagi pada malam sebelumnya di kaunter selaman, selepas makan malam. Sila jadualkan semua selaman petang, samaada malam sebelumnya, atau pagi, sebelum makan tengah hari. Penyelam bertanggungjawab untuk berada di pusat menyelam pada pukul 8.15 pagi untuk selaman pagi, dan 2.15 petang bagi selaman petang. Ini adalah penting agar Pom Pom Island Resort dapat merancang dengan penyelam professional, kapten bot dan bot untuk masa selaman tersebut. Sila jangan datang lewat, atau anda akan dijadualkan untuk selaman seterusnya. Terima kasih atas kerjasama anda.
2. Pakej Diving termasuk :
– Dua selaman bot ke pulau lain, dengan minimum 2 orang untuk sesi pagi
– Satu selaman bot sekitar Pulau Pom Pom untuk sesi petang, dengan tiada bilangan minimum.
Lokasi selaman di sekeliling pulau* akan dicadangkan dan bergantung kepada rekomen Pengajar Selaman berdasarkan cuaca dan keadaan laut*
Sebarang tambahan selaman di pagi atau petang akan dicaj berasingan
* Pulau sekitar Pom Pom ialah: Pulau Bohaydulong (Taman Marin Tun Sakaran),
Pulau Mantabuan, Pulau Timba Timba, Pulau Bohayan, Pulau Kalapuan, Pulau Pandanan, Pulau Mataking.
3. Pakej Diving hanya untuk PENYELAM YANG DISAHKAN , berada dalam keadaan fizikal yang sihat. Lesen selaman mesti ditunjukkan semasa tempahan, atau di pusat menyelam, sebelum sebarang aktiviti selaman.
4. Pakej termasuk Tangki Udara, tali pinggang dan beban.
Nota: Peralatan menyelam lain yang tidak termasuk dalam harga pakej boleh disewa di pusat menyelam

GALERI GAMBAR POM POM ISLAND RESORT

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone