05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Mari-mari Pulau Sepanggar

Harga dari
RM0

Sabah

Tentang  Mari-mari Pulau  Sepanggar

Mudah dilihat dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu dan Teluk Likas, Mari Mari Sepanggar hanya sejauh 5km. Perjalanan bot selama 10 minit dari Jeti Jesselton Point akan membawa anda ke pantai pasir putih, air biru dan terumbu yang berwarna-warni.

Anda akan tiba di hutan purba yang lebat dan berakhir dengan dua puncak setinggi 160 meter atas paras laut bertemu dengan pantai berpasir. Ia merupakan syurga bagi pencinta alam, dikelilingi dengan pelbagai flora dan fauna menakjubkan yang sesuai dengan hutan hujan tropi

Nikmati pemandangan panorama Teluk Gaya, Teluk Likas, Teluk Sepanggar , Laut China Selatan dan negara-negara jiran, Taman Marin Tunku Abdul Rahman dan Bandaraya Kota Kinabalu. Yang dikagumkan oleh pokok-pokok gergasi , paku pakis dan rotan di sepanjang laluan. Mendengar panggilan burung dan bunyi dari penghuni hutan.

Kami telah memilih dan menandakan  8 tempat menyelam di sekitar pulau untuk peminat air. Bagi pencinta dunia bawah air, tempat menyelam di Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang berada di depan pintu resort merupakan salah satu daripada pilihan anda. Pusat Menyelam PADI Mari Mari juga boleh dijumpai di pulau dan sekiranya anda tidak tahu menyelam, anda boleh mencuba Program Menyelam Skuba Mari-Mari. Bagi penyelam berlesen, tingkatkan lagi kemahiran anda dengan mengambil Kursus PADI Advance Diver sambil menikmati penginapan anda di tempat persembunyian tenang & santai ini.

Ingin menghabiskan malam yang tenang jauh dari bandar tetapi tidak mahu menghabiskan masa berjam-jam dalam perjalanan untuk sampai ke sana? Cuba Chalet Beach & Hill Mari-Mari; dibina indah untuk penginapan yang selesa di persekitaran hijau dengan gema dari ombak di pantai.

Makanan sentiasa rasa lebih baik dengan pasir di antara jari kaki dan bayu laut dalam rambut anda; Oleh itu kerusi pantai, meja berkelah, dan buaian disediakan di pantai untuk kegunaan di masa lapang anda . Jadi datanglah ke pantai ini dan biar alam semuladi di sekeliling membelai anda di Pulau Mari Mari Sepanggar.

PAKEJ MARI MARI PULAU SEPANGGAR

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone