05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Malibest Resort

malibest resort
Harga dari
RM150

Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah

Malibest Resort ialah sebuah resort mewah yang terletak di Pantai Cenang, Langkawi dan mempunyai 89 bilik dan 5 chalet di bahagian atas pokok. Lokasinya yang strategik menjadikan ia pilihan terbaik untuk yang datang bersama keluarga dan kenalan.

Resort ini merupakan destinasi terbaik untuk melepaskan diri daripada kesibukan bandar dengan pemandangan menghadap laut sangat menarik dan cantik. Malibest Resort Langkawi menyambut anda dengan senyuman mesra dan anda akan diberi status VIP saat anda menjejakkan kaki di sini.

Akhiri hari yang santai anda dengan pemandangan laut dengan matahari terbenam yang menakjubkan atau berjalan kaki di sepanjang pantai yang halus . Nikmati koktel tropika dan masakan yang menyelerakan di Bistro & Lobby Lounge.

Sama ada anda berada di sini untuk bermain golf atau mesyuarat korporat , Malibest Resort menyediakan pelbagai kemudahan penuh dengan ciri-ciri mewah . Temui syurga di tepi laut-Pantai Cenang, Langkawi yang menggetarkan jiwa dan menawarkan segala-galanya daripada perkhidmatan spa di Mali Walk hingga ke pemandangan lautan yang menakjubkan.

Kebanyakan bilik tamu menghadap pantai dengan balkoni berjalan luar yang luas. Resort turut menawarkan rumah pantai bersaiz keluarga berhampiran.  Datang dan temui senyuman staf yang mesra dan penginapan yang selesa, dan ingat apa rasa bila mempunyai pasir di antara jari-jari kaki anda.

Semua bilik dilengkapi dengan pendingin udara, kipas siling, TV, bar mini, mandian hujan air panas dan keperluan hotel yang lain.

Kemudahan Bilik & Resort

• Penghawa Dingin
• Peti Keselamatan dalam bilik
• Kad Kunci Bilik
• Kipas Siling
• Pemanas Air
• Cerek dan seterika mengikut permintaan
• TV (ASTRO)
• Meja Pelancongan dan Rekreasi di Lobi
• WIFI percuma di kawasan lobi
• Membeli belah di Mali Walk Beaches/Sunset
• Kerusi Dek di pantai (RM10 per set)
• Beli Belah di Mali Walk
• Sukan Air

HARGA BILIK

JENIS BILIK HARGA
SUPER DELUXE CHALET (PAPAN) 200
SUPER DELUXE (BATU) 200
KELUARGA 180
DELUXE (PAPAN) 170
DELUXE (BATU) 160
STANDARD (BATU) 150

GALERI GAMBAR MALIBEST RESORT

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone