05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Langkawi Lagoon Resort

executivestudiosuite
Harga dari
RM460

Kedah

Berdiri megah dari air yang jernih di kawasan perairan bahagian paling barat pantai Pulau Langkawi, Langkawi Lagoon Resort menawarkan kombinasi menarik tarikan dunia silam dan kemewahan dunia moden.

Langkawi Lagoon Resort hanya terletak kira-kira 3 km atau kira-kira 5 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, menawarkan pemandangan menakjubkan Laut Andaman dan bukit-bukau berhampiran.

Resort menawarkan 3 jenis konsep penginapan –  Beach Front Hotel, Kampung Laut dan Ombak Villa. The Beach Front Hotel terdiri daripada Bilik Deluxe dan  Junior Suites dengan kedua-duanya mempunyai pemandangan bukit dan laut. Kampung Laut, dibina atas kaki bajang di Laut Andaman menawarkan pilihan dari built Studio Suite, Executive Studio Suite, Deluxe Studio Suite, sebuah Family Sea Duplex and Villa Seri Andaman yang mewah. Setiap suite didatangkan dengan sebuah balkoni persendirian dan dibina dalam kawasan perlindungan air tenang, dilindungi oleh tembok pemecah ombak yang melengkung ke luar laut. Sementara Ombak Villa pula menawarkan gabungan sempurna seni bina Melayu tradisional dengan reakaan dalaman kontemporari moden. Tetamu boleh memilih untuk tinggal sama ada di Ombak Suite, Seroja Suite atau Villa Seri Kasturi yang direka mempunyai ruang luas dengan beranda persendirian menghadap Laut Andaman.

Resort turut menawarkan kemudahan mewah lain seperti kolam renang menghadap pantai dengan jakuzi dan sunken bar, kolam renang infiniti, gimnasium, sauna dan bilik wap, bilik program dan bilik mesyuarat, Pusat Khidmat Tamu dan Ombak Spa. Pelbagai aktiviti darat dan air boleh diatur untuk semua tetamu.

Bagi makanan dan hiburan anda, resort menawarkan pilihan seleksi makanan iaitu hidangan tempatan dan antarabangsa serta minuman di Anjung Brasserie di Beach Front, Restoran Bayu di Ombak Villa, Layalie Al-Syam (sebuah restoran Arab), Mentari Lounge, Laguna Bistro dan Amai Bistro.

Sentiasa ada sesuatu yang boleh dibawa pulang oleh pengunjung walaupun ianya bersaiz kecil sebagai cenderamata dari kedai hadiah bebas cukai. Keseluruhannya, resort premier bertaraf antarabangsa ini menawarkan persekitaran yang tenang dan pengalaman percutian yang sememangnya berbeza.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

OMBAK VILLA

  • Kolam Renang Infiniti · Pusat Khidmat Tetamu · Pusat Perniagaan · Gimnasium luar dan dalam · Kedai Runcit · Tukaran wang asing · Tempat letak kenderaan percuma

BEACH FRONT HOTEL DAN KAMPUNG LAUT

  • Kolam Renang dengan Sunken Bar · Kemudahan Mesyuarat & Bankuet · Bilik Wap & Sauna · Bilik Permainan · Kolam Randuk dengan gelongsor · Tempat letak kenderaan percuma

 KEMUDAHAN LAIN

  • Akses Wi-fi percuma di bilik dan kawasan awam · Kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) · Laluan Berbasikal & Joging · Rawatan Spa di Ombak Spa · Cucian Pakaian dan Khidmat Valet · Bilik bukan merokok · Peti Deposit Keselamatan · Adaptor Serbaguna (mengikut permintaan) · Khidmat Bugi Ulang Alik Percuma · Khidmat Ulang Alik Percuma dari dan ke Pantai Cenang (Pantai Awam · Khidmat Pos / Kurier · Program Pertukaran Kanak-Kanak Asing · Kelab Kanak-Kanak · Taman Permainan Kanak-Kanak · Jagaan Bayi / Kanak-Kanak (Permohonan awal diperlukan)

PENGANGKUTAN & JELAJAH

  • Pengangkutan Lapangan Terbang · Khidmat Sewa Kereta · Khidmat Teksi & Limosin

 MAKANAN & MINUMAN

  • Khidmat Bilik 24 Jam · 3 restoran o Anjung Brasseries o Restoran Bayu o Layalie Al-Syam · 2 bistro o Laguna Bistro o Amai Bistro · 1 lounge o Mentari Lounge

SUKAN DAN REKREASI

  • Aktiviti Memerhati Burung · Sukan Laut bukan bermotor · Sewa Basikal · Tenis · Bola Sepak Pantai / Bola Tampar Pantai · Golf · Lawatan Pusing Pulau · Island Hopping · Jelajah Paya Bakau · Sunset Dinner Cruise

HARGA BILIK

JENIS BILIK HARGA(RM)
BEACH FRONT HOTEL
DELUXE HILL VIEW 470
DELUXE SEA VIEW 520
JUNIOR SUITE HILL VIEW 570
JUNIOR SUITE SEA VIEW 620
JUNIOR FAMILY SUITE(2 BEDROOM) 690
SEA VILLAGE
STUDIO SUITE 620
EXECUTIVE STUDIO SUITE 670
DELUXE STUDIO SUITE 670
FAMILY SEA DUPLEX (2 BEDROOM) 1950
VILLA SERI ANDAMAN ( 2 BEDROOM ) 7990
OMBAK VILLA
OMBAK SUITE 850
SEROJA SUITE 4610
VILLA SERI KASTURI (3 BEDROOM) 13120

PAKEJ ISTIMEWA 3HARI 2MALAM

NAMA PAKEJ JENIS PAKEJ HARGA/PAKEJ
LAGOON ESCAPE FREE & EASY BERMULA RM910
ROMANTIC RETREAT BERBULAN MADU BERMULA RM1140

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone