05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Langgura Baron Resort

langgura baron resort langkawi
Harga dari
RM120

Lot Tanjung Mali Mukim Ke, 2608, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi

Langgura Baron Resort ialah sebuah resort mewah yang mempunyai 35 bilik. Lokasinya yang strategik di Pantai Cenang Pulau langkawi menjadikan ia pengalaman baru untuk percutian anda kali ini.

Langgura Baron Resort memastikan tetamu menerima layanan baik lagi mesra dan perkhidmatan yang hebat yang turut membawa bersama kepelbagaian aktiviti dan keseronokan. Semua chalet berdindingkan kayu balak dan bilik berdindingkan batu-bata dilengkapi dengan kemudahan asas untuk memberi keselesaan terbaik kepada tetamu.

Resort ini turut menonjolkan sebuah restoran terbuka dengan pelbagai pilihan kedai makan, sebuah kedai runcit dan dewan mesyuarat serta dewan persidangan bagi memudahkan urusan tetamu korporat.  Langgura Baron Resort ialah tempat terbaik untuk pelancong biasa dan tetamu kroporat yang mahu menginap di lokasi yang hebat ini pada harga berpatutan. Ianya terletak di Pantai Cenang, Langkawi.

Langgura Baron Resort merupakan destinasi terbaik untuk meluangkan masa di hujung minggu atau waktu cuti dan lari sebentar dari kesibukan kota sambil mencari ilham untuk meneruskan kembali kehidupan anda. Terdapat pelbagai kemudahan di sepanjang Pantai Cenang seperti tempat makan, kedai runcit, pasaraya membeli belah, kedai bebas cukai dan lain-lain.

Langgura Baron Resort sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda dan akan diberi layanan istimewa sebaik saja tiba di sini.

Kemudahan

  1. Dewan persidangan dan mesyuarat
  2. Beli-belah di Baron Walk
  3. Pantai-pantai / sukan air.
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone