05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Juara Mutiara Resort

juara mutiara resort tioman
Harga dari
RM80

Pahang (Juara)

Info HotelPakej & HargaTentatif PakejGambar

Juara Mutiara Resort mempunyai tempat penginapan yang paling berpatutan dengan kemudahan dan suasana yang aman di kampung Juara, Pulau Tioman Pahang dengan kapasiti 120 orang pada setiap satu masa. Kampung Juara terletak di seberang timur Pulau Tioman dam pantainya dikatakan adalah yang terbaik yang boleh dijumpa di pulau ini.

Juara Mutiara Resort mempunyai 4 jenis chalet: Budget, Twin, Triple, dan Quad dengan pemandangan laut atau pemandangan taman. Juara Mutiara Resort sesuai untuk pakej kumpulan samada 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam. Hotel ini juga mempunyai sebuah kedai runcit untuk bekalan, manakala terdapat dua pilihan restoran – kedua-duanya menghadap pantai dan menyajikan masakan tempatan.

Kampung Juara adalah kampung yang sunyi dan tenang terletak di pantai timur Malaysia. Di sini anda boleh mencari pantai yang paling panjang dan indah di pulau ini. Ia menawarkan percutian yang sempurna daripada kesibukan di bandar. Anda akan mendapati diri anda lebih menghampiri alam semula jadi dengan udara yang segar, matahari , laut , langit , pantai pasir putih segar dan pokok kelapa yang berhuyung-hayang.

Kampung ini adalah tempat yang ideal untuk percutian, berbulan madu atau pengembaraan dimana anda boleh menikmati aktiviti menyelam skuba, memancing, snorkeling , berenang, mendaki gunung, meredah hutan dan lawatan pulau . Bagi mereka yang menggemari  aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh menyeberang ke Kampung Tekek di pantai barat dengan berjalan dii sepanjang trek 7 km yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kemudahan Lain/Aktiviti

Café/ Kedai Cenderemata
Peralatan snorkeling untuk sewa
Kayak
Bilik Persidangan mini
Bilik Wayang/ ASTRO
Sukan Pantai (Bola Tampar & Bola Sepak)
Sesi Memancing
Meredah Hutan
Karaoke

HARGA BILIK

Jenis Bilik Kuantiti Harga (RM)
Twin 5 160 satu malam dgn sarapan pagi/1 tilam kembar/ pemandangan laut/ ASTRO TV/ mandi air panas/ hawa dingin
Triple 2 180 satu malam dgn sarapan pagi/1 tilam kembar/ 1 tilam bujang/pemandangan laut/ ASTRO TV/ mandi air panas/ hawa dingin
Quad 27 160 satu malam /2 tilam kembar/ pemandangan taman/ ASTRO TV/ mandi air panas/ hawa dingin
Budget 6 80 satu malam untuk dua orang sebilik, 100 satu malam untuk lima orang sebilik/ mandi air panas/ kipas

* Bilik mandi persendirian di dalam semua bilik
*Daftar Masuk: 2.00pm (daftar masuk awal jika ada kekosongan bilik)
*Daftar Keluar: 12.00 petang atau lebih awal jika bot berlepas awal

Harga Pakej 3 Hari 2 Malam 2015

JENIS BILIK HARGA/SEORANG
BERDUA 450
BERTIGA 430
BEREMPAT 400
BAJET 380

Harga Pakej 4 Hari 3 Malam 2015

JENIS BILIK HARGA/SEORANG
BERDUA 550
BERTIGA 530
BEREMPAT 500
BAJET 480

Penerangan Pakej Juara Mutiara Resort                        

PAKEJ PERINCIAN
3Hari2Malam -Tiket feri pergi dan balik (Mersing/Tg. Gemok ke Tioman)-Pengangkutan darat dari Jeti Tekek ke Juara Mutiara
-Chalet berhawa dingin dan bilik mandi persendirian
-Jamuan makanan (sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam)
-Sesi snorkeling/lawatan  pulau (Coral Island, Taman Marin dan Duty Free)
-Makan malam BBQ pada malam terkahir
-percuma karaoke (jika ada kekosongan)
4Hari3Malam -Tiket feri pergi dan balik (Mersing/Tg. Gemok ke Tioman)-Pengangkutan darat dari Jeti Tekek ke Juara Mutiara
-Chalet berhawa dingin dan bilik mandi persendirian
-Jamuan (sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam)
-Sesi snorkeling/lawatan  pulau (Pulau Coral, Taman Marin dan Duty Free)
-Lawatan Air Terjun
-Makan malam BBQ pada malam terkahir
-percuma karaoke (jika ada kekosongan)

*Nota: Harga kanak-kanak: 2-12 tahun ialah 70% dari harga dewasa, bawah umur 2 tahun PERCUMA.
*Minimum: 4 orang
*Tambahan caj RM50.00 bagi setiap harga pakej bagi mereka yang bukan warganegara Malaysia
* Surcaj RM20.00 seorang untuk sesetengah cuti umum: 1-3 Mei (Hari Buruh), 6 Jun (Hari Keputeraan Agong), 17-19 July (Raya Aidilfitri) & 29-31Ogos (Merdeka)

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

Peralatan snorkeling:     RM10/ satu hari
Yuran Taman Marin :      RM5/dewasa (Jeti Tg. Gemok)
RM10/ dewasa (Jeti Mersing)

Jadual Perjalanan Awal:
Hari Pertama
 Berlepas dari Mersing/Tg Gemok ke Pulau Tioman
(Masa bertolak sebenar bergantung kepada masa tiba tetamu dan jadual masa air pasang/surut)
 Tiba di Juara Mutiara Resort
 Daftar Masuk dan aktiviti bebas
 200-2130 Makan malam & Aktiviti bebas

Hari Kedua
 0730-0900: Sarapan Pagi
 0930-1600: Lawatan Pulau/ sesi snorkeling : Pulau Coral, Taman Marin & Free Duty Shop (Kedai Percuma Cukai) (Makan tangah hari yang dibungkus akan disediakan)
 2000-2130 : Makan Malam BBQ
 2130-2230 :Karaoke/ Bebas

Hari Ketiga (4H3M)
 0730-0900: Sarapan Pagi
 100-1400 :Air terjun
 Makan tengah hari dan aktiviti bebas
 2000-2130 : Makan Malam BBQ
 2130-2230 :Karaoke/ Bebas

Hari Ketiga (3H2M) & Hari Keempat (4H3M)
 0730-0900: Sarapan Pagi
 Berlepas dari Juara Mutiara Resort ke Mersing/ Tg Gemok (Masa bertolak sebenar bergantung kepada jadual masa air pasang/surut)
 Tiba di Mersing/Tg Gemok

GALERI GAMBAR JUARA MUTIARA RESORT

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone