05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Golden Straits Villas Beach Resort

Golden Strais Villa Beach resort
Harga dari
RM205

Negeri Sembilan

Golden Straits Villa Beach Resort terletak di Port Dickson (PD), hanya satu jam memandu dari ibu kota, Kuala Lumpur. Resort pantai ini adalah destinasi percutian ideal anda di Port Dickson kerana ia terletak hanya beberapa minit dari tempat menarik utama PD termasuk tempat bersejarah seperti Rachado Light House dan Kubu Lukut;  hiburan dan tempat makan popular seperti Admiral Marina Leisure Club dan 2nd Royal Armour; dan juga tempat rekreasi seperti lagun biru, ladang burung unta dan ladang arnab.

Pelancong  beriadah dan pelancong yang berurusan rasmi  boleh memilih untuk menginap di apartment dua bilik tidur, tiga bilik atau penthouse . Semua bilik berhawa dingin dengan balkoni peribadi , konsol meja sisi katil dengan kawalan bilik, televisyen kabel, meja makan, telefon dan juga peti sejuk.

Golden Straits Villa Beach Resort direka untuk pelancong yang berurusan rasmi  untuk menikmati mesyuarat perniagaan, persidangan, konvensyen dan seminar mereka. Enam bilik persidangan yang lengkap menggalakkan program mesyuarat dan latihan syarikat anda. Mereka boleh menghabiskan sehari  menumpukan perhatian kepada mesyuarat sepanjang hari, manakala masa selebihnya berehat dan bersantai di pantai pasir putih. Sehingga kini, Golden Straits Villa Beach Resort adalah salah satu destinasi utama bagi pejabat swasta dan kerajaan untuk mengadakan program-program latihan dan kemajuan sumber manusia syarikat.

Enam bilik persidangan adalah Indera, Purnaman, Perdana, Kayangan, Samudera dan Pelangi . Bilik mempunyai kapasiti tempat duduk 30-200 tetamu. Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di resort apartmen termasuk jakuzi, perkhidmatan dobi, restoran, sauna dan kolam luaran untuk tetamu, dan gelanggang tenis.

HARGA BILIK

JENIS BILIK HARI
HARI BIASA (AHAD-KHAMIS) HARI MINGGU (JUMAAT-SABTU) CUTI UMUM
2 BILIK TIDUR 205 260 305
3 BILIK TIDUR 250 325 405
PENTHOUSE (3 BILIK TIDUR) 315 475 505

Gambar Golden Straits Villas Beach Resort

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone