05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Eagle Bay Hotel Langkawi

exterior
Harga dari
RM140

No. 33 Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Hanya 20 minit pemanduan kereta dari Lapangan Terbang Antarabangfsa Langkawi, Eagle Bay Hotel terletak di tengah-tengah Kuah, pusat Bandar Langkawi, berpandangan taman dan pantai yang paling panjang di bandar.

Bersih dan selesa, semua bilik dihias dengan ton cerah dan sentuhan Asia. Dilengkapi dengan semua kemudahan standard diperlukan untuk menjadikan penginapan yang selesa di mana ia menawarkan panorama pemandangan laut dan Gunung Raya, gunung tertinggi di pulau ini.

Semua bilik di Eagle Bay Hotel Langkawi mempunyai penghawa dingin yang boleh dikawal secara individu dan turut menampilkan bar mini dengan peti sejuk, tab dan bilik air mandian air hujan, telefon IDD dengan dail internet, muzik bilik dan televisyen. Kemudahan membuat teh/kopi disediakan dalam semua  Junior Suite. Seterika dan pengering rambut juga disediakan mengikut permintaan. Bilik bukan merokok turut disediakan.

Restoran Meranti, sebuah restoran yang dimiliki hotel menawarkan hidangan Melayu, Cina dan Barat yang menyelerakan dalam menu makanan sepanjang hari kami. Restoran turut menyediakan persidangan dan bankuet di hotel serta katering untuk majlis di luar hotel seperti BBQ makanan laut semasa matahari terbenam di taman, sambutan hari lahir, menyediakan makan tengah hari secara bufet, makan malam, minum petang dan koktel. Berehat dan tenangkan diri di kolam spa di luar hotel atau makan di restoran hotel yang menawarkan pilihan hidangan Melayu, Cina dan Barat. Pelancong yang bercuti mempunyai banyak pilihan yang boleh dilakukan di Eagle Bay Hotel, Langkawi.

Sebagai permulaan, mereka yang penat boleh berelaks di kolam renang spa dengan jet air yang memberikan urutan badan.

Bagi mereka yang leih aktif, mereka boleh mengambil kesempatan dari pelbagai aktiviti rekreasi yang termasuk lawatan sekeliling pulau, menyelam, bola tampar, telematch, persembahan kebudayaan, meneroka gua, mencari harta karun, berkayak, flying fox, abseiling, lawatan ke air terjun  dan juga pengaturan untuk melancong ke selatan Thailand.

KEMUDAHAN BILIK
• 128 bilik yang dihias dengan menarik: Standard Room (2 Katil Bujang), Superior Double (1 Katil Kembar), Deluxe (2 Katil Kembar), King Suite (1 Katil King) atau 2 Katil Kembar – penginapan untuk 4 orang)
• Berhawa dingin
• Telefon IDD dengan panggilan internet
• Televisyen
• Bar Mini/ Peti Sejuk
• Cerek/Pembancuh kopi
• Mandi Pancuran dan tub mandi
• Seterika, Pengering Rambut, Tikar Sembahyang, Katil (atas permintaan)

Kemudahan dalam Hotel:
• Restoran Meranti Restoran yang menyajikan hidangan Melayu, Cina dan Barat (7am-11pm)
• Dewan Konvensyen dan Bankuet
• Perkhidmatan Aturan Pelancongan untuk Lawatan Pulau, Taman Marin Payar dan memberi makanan kepada helang
• Perkhidmatan Sewa Kereta/Limousin
• Pusat Perniagaan dengan Internet
• Sudut Cenderamata
• Taman Permainan Kanak-kanak
• Kolam Renang dengan Spa
• Golf, Tenis, Badminton, Sukan Air, Gim, Menyelam, Memancing (boleh diaturkan oleh hotel)
• Taman Permainan Kanak-kanak dan Trek Joging (di taman di depan hotel)

HARGA BILIK

JENIS BILIK HARGA
SUPERIOR TWIN 140
SUPERIOR DOUBLE 150
SUPERIOR TRIPLE 170
DELUXE FAMILY 200
KING SUITE 230
FAMILY SUITE 260
TILAM TAMBAHAN 40

Nota:
•Harga promosi untuk bilik termasuk percuma sarapan pagi dan adalah nett dalam Ringgit Malaysia (RM).
•Superior Twin mempunyai 2 Katil Bujang atau 1 Katil King
•Superior Double mempunyai 1 Katil King.
•Deluxe Family mempunyai 2 Katil Queen.
•Junior Suite mempunyai 2 Katil Queen. Dengan balkoni menghadap laut, Taman CHOGM, Taman Lagenda, Eagle Square dan Pemandangan Matahari Terbenam.
•Semua harga adalah bergantung kepada pertukaran tanpa sebarang notis.

GALERI EAGLE BAY RESORT

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone