05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Cozzi Hotel

cozzi hotel port dickson
Harga dari
RM130

KM 13, JALAN PANTAI, TELUK KEMANG

Selamat datang ke Cozzi Hotel Port Dickson. Hotel ini adalah tempat yang sempurna untuk perjumpaan keluarga, pasangan yang meinginkan percutian yang singkat , persidangan /mesyuarat , malam anugerah, parti perkahwinan atau ulang tahun.

Cozzi Hotel terletak hanya satu jam dari Kuala Lumpur di salah satu pantai tropika yang paling indah menghadap Selat Melaka, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Dengan Port Dickson sebagai pantai yang paling dekat dengan Kuala Lumpur, kawasan ini adalah tumpuan untuk kedua-dua penduduk tempatan dan pelancong untuk mengelak dari hiruk -pikuk ibu negara Malaysia untuk hujung minggu atau penginapan yang lebih lama.

PENGINAPAN
Selain daripada bilik standard yang selesa, terdapat 25 bilik Deluxe, sesetengahnya dengan beranda . Semua bilik Deluxe mempunyai TV LCD 32 inci, internet percuma dan pemandangan laut . Terdapat juga bilik keluarga dan bilik bersebelahan . Semua bilik termasuk:

  • Bilik Mandi Persendirian
  • Hawa Dingin Individu
  •  Televisyen
  •  Mandi Pancuran Hujan

Semua bilik mempunyai katil bersaiz king, bilik mandi persendiran, penghawa dingin dan TV satelit. Semua katil di hotel telah digantikan dengan yang baru semasa pengubahsuaian .

Terdapat pelbagai jenis penginapan untuk pasangan atau perseorangan, atau untuk keluarga sebanyak 6 orang , di bilik standard, premium dan berbalkoni.

Jenis Bilik
Balcony Double
Deluxe Double
Standard Double
Standard Triple

TAMAN BUMBUNG
Taman Bumbung mempunyai sebuah bar dan taman untuk berehat dan menikmati pemandangan laut dan kawasan sekitarnya. Ia juga boleh digunakan untuk majlis persendirian kecil.

KEMUDAHAN PERSIDANGAN
Terdapat 2 bilik persidangan; Bilik Eksekutif mempunyai kapasiti untuk menampung 50 orang, dan bilik Presiden boleh menampungi 100 orang berorientasikan teater.

PEMBANGUNAN AKAN DATANG
A kolam renang saiz Olimpik untuk orang dewasa dan kanak-kanak dari semua peringkat umur.  Selain itu, terdapat juga gelongsor air 8 lorong untuk kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak agar lebih menyeronokkan. Kawasan kolam juga akan mempunyai sebuah restoran Halal di tepi kolam yang memaparkan pelbagai sajian.Terdapat juga 8 dapur BBQ disediakan untuk tetamu kmai menujukkan bakat memasak mereka.

Meja penyambut tetamu kami dibuka 24 jam sehari. Kakitangan yang peramah dan sopan sentiasa bersedia untuk membantu anda dengan sebarang isu, dan juga memberi tips mengenai pelbagai tempat makan dan aktiviti-aktiviti tempatan berhampiran dan juga jauh sikit ke pantai.

Kemudahan Hotel
*Wi-Fi Percuma
*Terdapat juga surau lelaki dan perempuan di tingkat bawah
*Perkhidamtan dobi boleh diaturkan jika diperlukan.
*Kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
*Gelongsor air untuk kanak-kanak  dan orang dewasa (dibuka pada jam tertentu  sahaja)
*Dapur BBQ disediakan untuk keluarga, rakan-rakan, kumpulan sekolah untuk menikmati bakat memasak mereka.
*Pentas dan peralatan lain disediakan untuk disewa.
*Bola tampar juga disediakan untuk disewa.

HARGA BILIK

JENIS BILIK HARI BIASA HARI MINGGU CUTI SEKOLAH CUTI UMUM
STANDARD DOUBLE/SINGLE 130 190 160 210
STANDARD TRIPLE 160 220 180 230
STANDARD FAMILY 4 180 240 200 250
STANDARD FAMILY 5 200 260 230 280
STANDARD FAMILY 7 250 310 280 320
DELUXE DOUBLE 220 220 220 220
DELUXE TRIPLE 240 240 240 240
DELUXE FAMILY 4 280 280 280 280
BALCONY DOUBLE 230 230 230 230
BALCONY TRIPLE 270 270 270 270
BALCONY FAMILY 6 360 360 360 360

HARGA
•Harga termasuk 6%GST bermula 1 April..
•Harga berdasarkan satu bilik satu malam untuk penginapan bilik single/twin/double/triple/family
•Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia

MASA DAFTAR MASUK DAN DAFTAR KELUAR
(a) Masa daftar masuk ialah 3:00pm
(b) Masa daftar keluar ialah 12.00pm.

GALERI GAMBAR COZZI HOTEL

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone