05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Corus Paradise Hotel

corus paradise resort
Harga dari
RM250

Teluk Kemang, Negeri Sembilan

Corus Paradise Hotel akan menambat perhatian anda saat anda tiba di hotel Port Dickson yang indah ini. Bila turun daripada tangga yang hebat itu, anda akan dapat merasa kehangatan bayu laut pada wajah anda dan melihat Selat Melaka secara sepintas lalu ketika anda bergerak ke ruang lobi Corus Paradise Resort. Perjalanan anda di Port Dickson akan diisi dengan bunyi air terjun yang jatuh yang mendamaikan dan melunakkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Dengan 200 en-suite bilik tidur dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan moden, Corus Paradise Hotel di Port Dickson merupakan tempat terbaik untuk bercuti bagi seisi keluarga.

Mahu mengadakan mesyuarat di Port Dickson? Corus Paradise Resort di Port Dickson ialah destinasi seminar dan persidangan yang sesuai. Ia boleh menampung sehingga 300 orang tetamu untuk mesyuarat, seminar dan bankuet.

Kemudahan
1. Pendingin udara yang dikawal secara individu
2. TV warna dengan saluran video hotel.
3. Telefon dengan perkhidmatan IDD
4. Radio dengan pelbagai saluran muzik
5. Bar mini
6. Peti deposit keselamatan
7. Perkhidmatan bilik
8. Perkhidmatan dobi
9. Doktor hotel yang boleh dipanggil

Makan & Hiburan
1. Restoran Laguna
2. Rhapsody Lounge
3. Kedai Kopi Dickson

Sukan & Rekreasi
1. Tenis
2. Skuash
3. Mandian sauna / wap
4. Sukan air
5. Kelab kesihatan yang dilengkapi sepenuhnya
6. Permainan ruang tertutup

Kemudahan Mesyuarat
1. Pusat bisnes
2. Bankuet / Bilik mesyuarat

HARGA BILIK

DELUXE ROOM
(OCEAN VIEW)
BILIK DENGAN SARAPAN PAGI
SEORANG/BERDUA/BERTIGA
HARI BIASA 250
HARI MINGGU 300
CUTI UMUM 350

*SEMUA BILIK DELUXE MEMPUNYAI 2 KATIL BESAR

MASA DAFTAR MASUK/ DAFTAR KELUAR

Daftar masuk rasmi Resort ialah jam 1500 dan masa daftar keluar ialah jam 1200. Permintaan untuk daftar masuk awal atau daftar keluar lewat akan dipertimbangkan tetapi ia bergantung kepada kekosongan bilik. Untuk menjaminkan daftar masuk awal, bilik mesti ditempah pada malam sebelum ketibaan.

GALERI CORUS PARADISE RESORT

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone