05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Colmar Tropicale Berjaya Hills

colmar tropicale berjaya hills
Harga dari
RM245

KM48 Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Bukit Tinggi Bentong Pahang, Malaysia

Resort bertemakan Perancis ini terletak di Bukit Tinggi, berada di atas 80 ekar tanah hutan yang menghijau. Hotel ini sendiri berada pada kedudukan 2,700 kaki di atas paras laut, sekaligus menambah keunikan kepada lokasi ini. Hotel ini meminjam tema gaya rekaan tersendiri dari Perkampungan Colmar di Alsace, Perancis dan mengekalkan tema Eropah yang asli sejak penubuhannya.

Hanya mengambil masa 40 hingga 45 minit dari Kuala Lumpur, tetamu yang mengunjungi hotel ini dapat menikmati beberapa kemudahan unik seperti jambatan angkat istana, kolam yang diisi dengan angsa dan menara jam burung yang menarik yang meniru Menara Riquewhir di Perancis. Resort ini berbangga kerana dapat menawarkan pilihan tempat makan yang banyak yang menampilkan juadah asli dan kompilasi hidangan antarabangsa yang tersendiri. Colmar Tropical – Berjaya Hills ialah tempat yang sesuai bagi tetamu yang mencari atmosfera atau suasana tersendiri, penginapan yang selesa dan pelbagai kemudahan yang ditawarkan.

Kemudahan

  • Resepsyen 24 jam
  • Merokok dibenarkan di kawasan terbuka
  • Kemudahan membuat kopi / teh dalam setiap bilik
  • Telefon dalam setiap bilik
  • Panggilan mengejutkan tetamu dari tidur disediakan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Restoran
  • Kolam renang

HARGA BILIK TERMASUK SARAPAN

JENIS BILIK HARGA (SINGLE/DOUBLE)
SUPERIOR ROOM 242
DELUXE ROOM 291
ONE BEDROOM SUITE 306
ONE BEDROOM DELUXE SUITE 347
FAMILY ROOM (2 ROOMS) 415
DELUXE FAMILY ROOM (2 ROOMS) 475
TWO BEDROOM SUITE (2 ROOMS) 498
TWO BEDROOM DELUXE SUITE (2 ROOMS) 557
THREE BEDROOM SUITE (3 ROOMS) 667
THREE BEDROOM DELUXE SUITE (3 ROOMS) 784

a) Harga adalah termasuk 10% servis caj dan 6% GST. Harga bilik berdasarkan satu bilik satu malam bersertakan sarpan pagi untuk dua orang
b) Percuma 2 pas masuk ke Kampung Jepun, Taman Botanik dan Taman Arnab kami bagi setiap bilik. Pas tambahan boleh dibeli dengan harga RM 13.00 Nett untuk dewasa dan RM 8.00 Nett untuk kanak-kanak
c) Masa daftar masuk ialah jam 3.00 pm dan masa daftar keluar ialah 12.00 petang. Sebarang daftar keluar lewat sehingga jam 6.00pm akan dikenakan tambahan caj sebanyak 50% daripada caj bilik
d) Sila beri perhatian bahawa harga diatas tidak boleh diguna pakai untuk tarikh seperti di bawh:-
(i) 16 July 2015 – 19 July 2015
(ii) 23 December 2015 – 01 January 2016
(iii) 5 February 2016 – 9 February 2016

GALERI GAMBAR COLMAR TROPICALE BERJAYA HILLS

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone