05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Borneo Divers Mabul Resort

LUAR CHALET
Harga dari
RM1230

Sabah

Info HotelPakej & HargaGaleri Gambar

Borneo Divers Mabul Dive Resort bertempat di kawasan pantai pasir putih Mabul yang indah dan dibina berdasarkan keperluan penyelam . Ia mudah diakses untuk snorkeling dan selam skuba di terumbu rumah (house reef) dan sesuai untuk Kursus PADI dan latihan selaman yang lain . Borneo Divers Mabul Resort menawarkan seni bina yang unik untuk menjadikan penginapan anda tidak dapat dilupakan. Setiap chalet adalah menarik dan selesa dan chalet yang terletak di tepi pantai menawarkan anda pemandangan laut yang terbaik. Selain selaman , anda boleh berjemur di bawah matahari di atas pasir putih di pantai peribadi  berhadapan dengan resort.

Selepas penyelaman terakhir untuk setiap hari anda di sini, anda boleh berjalan-jalan di sekitar pulau dan berehat di bawah pokok kelapa yang bergoyang  sambil ditiup angin. Suhu air yang suam sesuai untuk berenang di waktu petang di kolam renang atau snorkeling di terumbu rumah (house reef). Resort ini juga menawarkan pelbagai jenis masakan tempatan dan menggembirakan anda setiap hari dengan menu hidangan fusion (barat +timur)  yang berbeza . Pada sebelah malam, berehat di dalam keselesaan malam tropika yang tenang  dan menyertai keseronokan di Borneo Divers Beach Bar & Grill. Rehat sepenuhnya , kerana kakitangan yang bertenaga dan bersemangat akan membuat anda sibuk dan teruja setiap hari.

MAKLUMAT AM

Terletak di Pantai Timur Selatan Sabah dan kira-kira 20 minit dari Sipadan, 30-40 minit (cuaca mengizinkan) dari Semporna, terletaknya Pulau Mabul – diberi gelaran sebagai “Syurga Penyelam” . Mabul dikelilingi oleh Laut Celebes dengan pantai pasir putih. Borneo Divers Mabul Resort adalah perintis dalam pelancongan menyelam di Sabah dan pengurusan Dive Resort di Sipadan. Aiir di Pulau  Mabul merupakan habitat marin yang paling luar biasa dan penyelam sentiasa menemui sesuatu yang baru pada setiap selaman.

CARA KE SINI

Anda akan terbang dari Kota Kinabalu ke Tawau ( 45 minit) dan kemudian mengambil bas kira-kira 90 minit ke sebuah bandar nelayan pantai di Semporna , dari sini anda menaiki feri ke Pulau Mabul dalam kira-kira 30-40 minit.

PENGINAPAN

Borneo Divers Mabul Resort menawarkan 30 unit berkembar bilik chalet berkembar, masing-masing dengan perkongsian kembar / katil double dan beranda peribadi yang menghadap Laut Celebes. Semua bilik berhawa dingin dengan pancuran mandian air panas / sejuk dan bilik mandi, kipas siling, meja solek, kemudahan membancuh kopi / teh dan pengering rambut ( atas permintaan dari kaunter tetamu ) dan ruang yang mencukupi.

KEMUDAHAN

1) Restoran (Hidangan Malaysia, Thai, Cina, Jepun, Barat)

2) Bars, Spa Gazebo dan Jakuzi

3) Kolam Renang

4) Kemudahan Sukan & Rekreasi

5) Pusat Penggambaran dan Video Bawah Air Professonal

6) Pusat Menyelam Yang Lengkap Dengan Kemudahan

7) Bilik Perpustakaan dan TV Satelit

8) PERCUMA Akses Internet Jalur Lebar Tanpa Wayar

9) Urut di tepi Pantai/ Rias Kuku GAZEBO

10) Dewan Majlis(100 orang berdudukan teater)

Aktiviti Lain

Borneo Divers mempunyai pelbagai aktiviti yang akan menghiburkan anda sekiranya tidak menyelam.

  • Snorkeling
  • Padang Bola Sepak Mini
  • Bola Tampar Pantai
  • Kerusi santai dan payung pantai
  • Permainan papan
  • Perkhidmatan Penjagaan kanak-kanak
  • Spa menawarkan urut dan merias kuku

Harga Pakej 2015
HARGA PAKEJ

JENIS PAKEJ DIVER NON DIVER KANAK (3-11THN)
HARGA/SEORANG
3 HARI 2 MALAM 1,530 1,230 615
4 HARI 3 MALAM 2,175 1,740 870
5 HARI 4 MALAM 2,720 2,180 1090
*TAMBAH MALAM 680 545 272.5

Terma & Syarat
a) Berdasarkan kepada perkongsian secara berdua atau bertiga.
b) Pengagihan bilik berdasarkan kepada polisi bilik sedia ada.
c) Kanak-kanak di bawah 3 tahun tidak akan dikenakan sebarang caj / Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas akan dikenakan harga orang dewasa.
d) Tetamu hanya boleh mengambil pakej Penyelam atau Bukan Penyelam dan tiada sebarang pakej gabungan dibenarkan kecuali tetamu yang mengambil kursus selaman.
e) Pelancong yang datang secara berseorangan perlu membayar surcaj tambahan bilik sebanyak 50% daripada keseluruhan pakej dan perlu mengikut jadual pergerakan bot kami dengan tetamu lain. Jika tidak, caj tambahan akan dikenakan antara RM 150 untuk perjalanan darat per hala (Lapangan Terbang Tawau – Jeti Semporna atau Jeti Semporna – Lapangan Terbang Tawau) dan RM 600 per hala (Semporna – Mabul atau Mabul – Semporna) untuk perjalanan bot.
g) Masa standard daftar keluar bilik dari resort ialah 9.30 pagi dan masa daftar masuk bilik ialah 2.00 petang.
h) Harga pakej termasuk:
– Perjalanan darat dari Lapangan Terbang Tawau ke Jeti Semporna berdasarkan perjalanan berjadual.
– Pengangkutan bot dari Jeti Semporna ke BDSS Mabul Resort berdasarkan jadual perjalanan.
– Makanan penuh (makan 3 kali sehari dengan makanan ringan dan penyediaan banyak air teh / kopi dan jus kordial kecuali minuman berkarbonat dan minuman alkohol.
– Berdasarkan kepada asas perkongsian berdua, penginapan bilik chalet semi-detached di BDSS Mabul Resort dengan pendingin udara, bilik air bersambung dengan mandian hujan air panas.
– Pakej penyelam termasuk 3 selaman bot sehari (sekitar Mabul, Kapalai, Si Amil atau Sipadan) dengan pakar menyelam dan selaman terumbu karang yang tidak terhad tanpa pemandu kecuali pada hari berlepas dan hari keberangkatan. Tangki, pemberat dan tali pinggang pemberat disediakan. Penyelam tertakluk kepada jadual selaman kami dan peraturan pusat selaman kami.
i) Bukan penyelam boleh bersnorkel di jeti kami atau dibenarkan mengikut bot selaman (tertakluk kepada kekosongan ruang) sekali sahaja dalam sehari untuk bersnorkel tanpa pemandu. Penyelam bertauliah dalam pakej Bukan Penyelam yang mahu menyelam bersama kami di resort perlu membayar RM 120 per selaman tanpa mengira bot (perlu mengikut jadual bot sedia ada) atau selaman di pesisir pantai dan tidak termasuk sewa peralatan selaman.

Galeri Gambar Borneo Divers Mabul Resort

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone