05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Bayou Lagoon Park Resort

bayoulagoonparkresort
Harga dari
RM218

Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka

Info Hotel

Lokasi yang berhampiran dengan kawasan pelancongan Ayer Keroh Melaka, Bayou Lagoon Park Resort merupakan satu mercu tanda yang mengagumkan dengan Servis Apartment yang mewah. Resort ini hanya 15 minit dari A Famosa Melaka dan berdekatan dengan Zoo Melaka, Jonker’s Walk dan Pantai Ayer Keroh. Rekabentuk rapi yang khusus untuk mereka yang beriadah atau berbisnes, ia menawarkan produk dan servis yang bertaraf antarabangsa. Resort juga terdiri daripada taman tema air yang eksklusif, pusat konvensyen dan pusat membeli-belah.

Bayou Lagoon Park Resort menawarkan pilihan sebanyak 309 unit Studio, 170 unit Apartment 2 Bilik, 86 unit Apartment 3 Bilik dan 4 unit Penthouse Mewah. Semua bilik tetamu adalah sangat luas , antara 491 kaki persegi hingga ke 2015 kaki persegi ke atas dengan rekabentuk moden, berkelengkapan penuh dan alat tulis, kemudahan dan kelengkapan peribadi juga disediakan.

Memaparkan Taman Tema Air eksklusif  yang dibina atas kolam renang berjubin, pantai tropikal buatan manusia ini dilengkapi dengan tempat untuk “sunbath” dan papan gelongsor yang basah dan licin. Bagi mereka yang gemarkan ativiti kecergasan, anda boleh menuju ke gimnasium berkelengkapan penuh untuk senaman yang menyeluruh.

Harga Bilik Bayou Lagoon Park Resort

JENIS BILIK HARI BIASA HARI MINGGU CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH
STUDIO ROOM 218 348 418
STUDIO ROOM DAN JAKUZZI 298 428 498
STUDIO ROOM PEMANDANGAN TAMAN AIR 328 458 528
APARTMENT 2 BILIK TIDUR 368 528 628
APARTMENT 3 BILIK TIDUR 508 668 788
TILAM TAMBAHAN 70 70 70

Bayou Lagoon Park Resort

Pita pergelangan tangan (wrist band) ke Taman Tema Air

  • Studio Room, percuma untuk dua (2) orang
  • Apartment 2 bilik, percuma untuk empat (4) orang
  • Apartment 3 bilik, percuma untuk enam (6) orang

MASA DAFTAR MASUK/ DAFTAR KELUAR

Masa Daftar masuk ialah jam 1500 pada hari ketibaan. Akses awal ke bilik sebelum jam 1500 adalah bergantung kepada kekosongan bilik ketika dafatar masuk, kecuali ia telah dipra-atur  secara bertulis.

Masa daftar keluar ialah jam 1200 pada hari berlepas. Daftar keluar lewar adalah bergantung kepada kekosongan bilik, kecuali ia telah dipra-atur secara bertulis.

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone