05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Banding Lakeside Inn

banding lakeside inn
Harga dari
RM190

Perak

PengenalanKadarGambar

Banding Lakeside Inn menyediakan penginapan seumpamanya yang pertama di Malaysia, dengan pemandangan tenang TasikTemengor, menerokai hutan di bawah Royal Belum untuk mencari Rafflesia , Lawatan Orang Asli, Elephant Salt Lick, Air Terjun  dan banyak lagi.

Terletak di atas sebuah bukit, resort ini menawarkan kepada anda pemandangan Tasik Temenggor yang menakjubkan dan hebat, begitu juga dengan Hutan Diraja Belum dan Kompleks Hutan Temenggor.

Benarkan kami untuk membawa anda meneroka Hutan Diraja Belum yang berusia 150 juta tahun di mana ia merupakan antara hutan tertua di dunia, lebih tua daripada hutan Amazon! Penuh dengan hidupan, hutan ini menjadi tempat tinggal kepada sebahagian flora dan fauna yang unik, kebanyakannya masih belum lagi ditemui.

Aktiviti darat dan aktiviti berasaskan air kami direka untuk membenarkan anda berseronok dan menikmati keindahan semulajadi permata zamrud ini dan meneroka rahsia-rahsia tersembunyi serta menemui khazanahnya yang tidak ternilai.

Jangan lepaskan peluang untuk memerhatikan pelabagai spesies burung termasuk burung Kenyalang. Alami pengalaman cabaran memancing, dan lawatan tempatan kampung orang asli.

Kemudahan

*Kemudahan Pusat Persidangan Banding:

– Projecktor LCD & Skrin

– Sistem Audio / Visual

– Carta Flip/Papan Putih

– Alat Tulis

*Panorama Café

*Makan Malam BBQ

*Kolam Renang

*Bilik TV/KTV

Aktiviti Menarik di Royal Belum

Penerokaan Alam Semula Jadi – Tasik Temengor ( 15,200 hektar) adalah tasik buatan manusia terbesar di Perak dan kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Kenyir di Terengganu. Ia telah dicipta apabila Empangan HidroElektrik Temengor telah disiapkan pada tahun 1978.

Rekreasi – Ekspedisi Rakit  Untuk Meninjau Menara di Pulau Tali Kail

Kem Kepimpinan – Team building- terdapat pelbagai aktiviti dan akan memberi banyak peluang untuk berkembang sebagai pemimpin dengan membantu dalam membuat keputusan dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang direka khas untuk menggalakkan kualiti kepimpinan (seperti bertanggungjawab, membuat keputusan yang selamat, menilai kekuatan mereka sendiri dan juga sebagai kumpulan, dan berkomunikasi dengan berkesan)

Kampung Survival – Perjalanan bot pertama akan membawa anda ke laman Rafflesia, perjalanan ini kemudiananya diteruskan ke Kampung Chueh, kampung tradisional Orang Asli Jahai, pemandu juga akan membawa anda merentas hutan ke Sira Gajah Gajah dan Elephant Salt Lick. Menamatkan lawatan anda dengan berenang di Air Terjun Sungai Nam yang menyegarkan.

Memancing Ikan Liar –Tasik Temenggor adalah Tasik buatan manusia terbesar di Perak. Tasik ini kaya dengan sumber ikan air tawar yang waluapun  biasa dijumpai di sini, tetapi telahpun pupus di tempat lain.

HARGA BILIK

JENIS BILIK HARGA
SUITE 440
DELUXE 260
SUPERIOR KING 240
SUPERIOR TWIN 240
STANDARD TWIN 190
STANDARD TRIPLE 220
DORM 4 ORANG 350
DORM 8 ORANG 850
*KATIL TAMBAHAN 50

• Harga adalah termasuk servis caj 10% service & 6% cukai kerajaan
• Harga adalah termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Tetamu yang menginap di asrama akan diberi sarapan pagi berdasarkan jumlah orang.
• Surcaj RM30.00 akan dikenakan bagi satu malam satu bilik semasa hari perayaan dan cuti umum Malaysia
• Masa daftar masuk rasmi ialah 2.00pm dan masa daftar keluar rasmi ialah sebelum 12.00 petang.
• Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat adalah atas permintaan dan subjek kepada kesediaan bilik.
• Daftar keluar lewat akan dicaj 50% daripada harga bilik bagi daftar keluar antara jam 1.00pm hingga jam 6.00pm

Hubungi kami untuk mendapatkan harga promosi.

Galeri Gambar Banding Lakeside Inn

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone