05-6918898 / 012-4466664
hubungi@cutipulau.com

Adya Hotel

adya hotel langkawi
Harga dari
RM230

No 1 PT, 4001, Persiaran Mutiara 2, Mukim Kuah, 07000 Langkawi

Adya Hotel Langkawi, terletak di lokasi strategik, iaitu di tengah-tengah kawasan komersial Pekan Kuah, Pulau Langkawi, Malaysia. Direka mengikut seni bina moden dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan unik, ia merupakan tempat yang ideal untuk menikmati keindahan semulajadi Langkawi – sebuah Taman Geopark Global oleh UNESCO.

ISLAMIK. MESRA. LAYANAN BAIK. Adya  Hotel Langkawi memperkenalkan dan melaksanakan konsep nilai Islam dengan servis cemerlang, layanan baik yang bersifat ramah dan mesra kepada semua tetamu hotel bagi menjadikan penginapan di Adya Hotel sentiasa diingati dan tidak dapat dilupakan.

Dengan jarak hanya 5 minit pemanduan dari terminal jeti Langkawi dan 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), kesenangan dan kemudahan menjadi milik anda. Kawasan beli belah bebas cukai, bank dan restoran boleh sampai hanya dengan berjalan kaki.  Tidak kira tujuan anda sama ada santai atau urusan rasmi, anda dijamin menerima layanan baik yang mesra setiap kali anda menginap  di Adya Hotel Langkawi – pilihan yang sempurna bagi penginapan yang bermakna di mana soal keselesaan dan halal menjadi keutamaan kami.

RESTORAN JELAPANG

Halal dan segar, sajian makanan di Restoran Jelapang merupakan satu pengalaman gastronomi dengan menawarkan pelbagai jenis pilihan daripada hidangan tempatan dan antarabangsa. Dihidangkan sepanjang hari, dari sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan juga makan lewat malam.  Dengan ruang tempat makan yang berkonsep terbuka dengan pilihan makanan ringan dan makanan tempatan, ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk bersantai dengan keluarga dan kawan-kawan. Dibuka 24 jam sehari.

REKREASI

Aktiviti rekreasi dalam kawasan hotel termasuk kolam renang dengan kolam kanak-kanak dan kolam renang perempuan yang berasingan. Unuk senaman biasa, anda boleh menggunakan kemudahn gimnasium (masa penggunaan berlainan untuk perempuan dan lelaki) dan manjakan diri anda di spa wanita kami untuk masa relaks anda yang tidak dapat dilupakan.

Alami keprofesianalan kami semasa kami mengaturkan majlis untuk anda.  Ruang majlis di Adya Hotel Langkawi menawarkan fleksibiliti yang maksimum untuk mesyuarat, pameran dan juga bankuet.

KEMUDAHAN LAIN

  • Kedai Dobi
  • Pusat Perniagaan
  • Sudut Kanak-kanak
  • Jamuan di bilik
  • Grand Ballroom dengan kapasiti tetamu sebanyak 450orang dan 5 bilik mesyuarat
  • Dobi & cuci kering
  • Pertukaran mata wang asing
  • Kiriman Surat  & Informasi
  • Khidmat bantuan pelancong
  • Gimnasium dan  Spa

HARGA BILIK

JENIS BILIK LOW SEASON PEAK SEASON
SUPERIOR 230 255
DELUXE 270 300
EXECUTIVE 320 350
FAMILY TOWN VIEW 450 500
FAMILY SEA VIEW 530 600
JUNIOR SUITE 660 720
PREMIER SUITE 940 1010
PERDANA SUITE 1650 1690
EXTRA BED 100 100

NOTA • Harga diberi adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk sevis caj 10% • Harga adalah termasuk 2 botol air minum dalam bilik dan suite setiap hari • Semua jenis bilik termasuk sarapan pagi • Harga adalah bergantung kepada pertukaran tanpa sebarang notis. • Hotel mengehadkan maximum 1 kanak-kanak dibawah umur 4 tahun menginap dengan ibu bapa di bilik hotel tanpa tambahan katil

GAMBAR ADYA HOTEL

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInEmail this to someone